Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengesahkan bakal melancarkan Kona Electric pada bulan November ini. Ia merupakan kenderaan elektrik penuh pertama di bawah jenama Hyundai yang akan membuat penampilan pertamanya di Malaysia.
Kona Electric ini ditawarkan dalam dua bateri pengeluaran asap sifar; dikuasakan oleh bateri 64 kWh dengan jarak maksima 484km dan versi bateri asas 39.2 kWh dengan jarak pemanduan 305km, Worldwide Harmonised Light Vehicle Test (WLTP) dengan pengecasan tunggal.
Harga dijangkakan bermula dari bawah RM150,000 untuk model asas dengan pengecualian duti import dan eksais ekoran Budget 2022 yang diumumkan Jumaat lepas dan diadaptasi untuk kenderaan elektrik di Malaysia.
Kedua-dua Kona Electric dengan varian bateri 64 kWh dan 39.2 kWh (penggunaan elektrik : 15.4 kWh/100; CO2 pengeluaran : 0 g/km menurut WLTP) menampilkan motor elektrik yang memberikan kuasa maksima 204 PS (150 kW) dan 395 Nm untuk tork, pemecutan Kona Electric sehingga 100 km/j dalam 7.9 saat – sekaligus memastikan ia menjadi sebuah kenderaan yang seronok dipandu dari saat pertama lagi.
“Kona Electric menawarkan prestasi elektrik yang cemerlang dari segi bateri dan kelajuan tertinggi. Ia juga menampilkan pengecasan pantas menjadikan ia sesuai dijadikan kenderaan untuk perjalanan jauh,” kata Low Yan Lung, Pengarah Urusan HSDM.
Pengecasan bateri polimer ion-lithium dari 10 ke 80 peratus hanya mengambil masa selama 47 minit menggunakan 100kW (DC) pengecasan pantas. Kona Electric menampilkan pilihan pengecas 11-kW three-phase on-board. Ini membolehkan masa yang lebih singkat pengecasan di stesen pengecasan awam (public three-phase AC) atau milik peribadi yang dipasangkan di rumah. Pemandu juga mempunyai pilihan untuk mengecas kereta menggunakan soket kuasa di rumah menggunakan ICCB-cable (in-cable control box).
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Hyundai Kona Elektric atau membuat tempahan, boleh gunakan platform atas talian Cl!ck to Buy (www.hyundai.com.my/clicktobuy/) atau hubungi talian khidmat pelanggan 1-300-13-2000 atau layari lama web rasmi www.hyundai.com.my dan Facebook www.facebook.com/hyundaimalaysia.