Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Hybrid Dominations, Built By The Book

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Hybrid Dominations, Built By The Book

Kereta ini direka kerana lahirnya teknologi hibrid, enjin pembakaran petrol dan penggunaan motor berkuasa bateri. Hari ini, ia bukanlah sesuatu yang asing dan ‘kehangatan’ sambutan terhadap kenderaan hibrid ini pun dah sampai ke tahap suam-suam kuku. Honda Insight tidak lagi laku sehangat bulan-bulan awal ia dilancarkan beberapa tahun lalu. Toyota Prius dan Lexus CT200H tidak lagi dibahaskan sekerap waktu kerajaan mengumumkan penghapusan duti import pada kenderaan berteknologi hibrid dulu.

Hari ini, kereta seperti Prius C, CR-Z, Insight dan Jazz sudah mula diterima di pasaran. Isu bateri, cas dan penyelenggaraan bukan lagi hal besar dan orang biasa juga sudah mula menganggap kenderaan hibrid ini sebagai kereta penumpang biasa saja. Kereta ini sesuai dijadikan kereta harian atas beberapa sebab kukuh. Penjimatan bahanapi adalah asas utama orang membeli kereta ini dan begitu jugalah dengan pemilik kereta Honda Jazz ini. Tetapi sebaik sahaja dibeli, kereta yang baru meninggalkan bilik pameran Honda ini terus masuk ke pusat aksesori untuk peningkatan sistem audionya pula.

Dengan peningkatan dan modifikasi yang betul, kereta ini telah memenangi pertandingan EMMA pusingan kedua di Johor bagi kelas ‘Master 6 Channel Sound Only’. Melihat pada gandingan audio yang dipasangkan, ia seakan mustahil. Kereta ini mendapat peralatan yang terlalu minimum dan pemadanannya pula kelihatan sangat ringkas. Jadi apa yang membolehkan juri bertauliah EMMA memilihnya sebagai pemenang utama kelas tersebut?

Baik apa juga kemasan dan cara pemasangan yang dibuat, kereta tetap dinilai pada hasil bunyi akhirnya dengan format yang telah ditetapkan. Pemilik kereta yang telah arif dengan corak penilaian EMMA, membuat kajian terperinci sebelum memulakan projek. Rahsianya disimpan rapi dan apa yang anda nampak ini adalah sebahagian daripada teknik yang digunakan.

Pemain utamanya ialah seunit 2-din Dvd Sony XA-V63 yang dipasangkan pada ruang audio tengah. Fungsi Dvd dan pemproses generasi baru Sony ini jauh lebih baik dari siri awal Xplod yang diperkenalkan sebelum ini. Keluaran pemain ini bukanlah harapan terbaik yang diletakkan oleh pemiliknya, sebaliknya pemproses Dominations menjadi wadah tunggal sebagai pemproses yang mengambilalih semua bentuk penalaan sistem bunyi. Pemproses begini walaupun berkesan tetapi penalaan oleh mereka yang pakar selalunya menjadi dilema.

Pemproses ini kemudiannya membahagikan isyarat kepada 2 unit amplifier 4 channel Racing Series Dominations RS4300. Unit pertama bertanggungjawab untuk membahagikan isyarat mid pada panel pintu hadapan sahaja. Amplifier 4 channel berkuasa 50watt RMS ini menumpukan sepenuhnya fokus bunyi mid menjadikan penalaan lebih mudah (tapi itu secara teorinya). Ia memerlukan seorang pemasang yang pakar untuk menempatkan 2 unit speaker siri Sadewa yang terkenal itu.

Amplifier kedua (dengan spec yang sama) pula berkongsi kuasa dengan 2 unit speaker full range Dominations R50 dan seunit woofer 10” Dominations D230MKII. Kedengarannya memang ganjil bila seunit amplifier 4 channel berkongsi kuasa untuk frekuensi yang sama sekali berbeza, bukan? Namun begitu ‘pitching’ bunyi bagi bass dan treble ini berjaya dipisahkan oleh unit penala utama tadi. Lebih mengejutkan masalah distortion berjaya dihapuskan sepenuhnya!

Pemasangan R50 di bahagian pillar hadapan yang ‘hanya’ digantung dalam perumah asal selalunya menghasilkan output hi-freq yang teruk. Maksud teruk ialah anda tidak boleh mengawal sudut keluaran, penapisan frekuensi yang huru-hara dan kekedapan udara yang tidak efektif. Tapi seperti yang saya nyatakan di awal tadi, pemiliknya membina berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh EMMA dan beliau tahu di mana sudut keluaran terbaik dan penilaian jenis bagaimana yang dibuat. Justeru, ia mendapat julat catatan markah yang tinggi.

Strategi begini menjadikan pemilihan kereta begini dalam majalah kami sebagai tuntutan utama. Dari luar, anda tidak akan menyangka ia sebuah kereta yang layak untuk pertandingan berprestij seperti EMMA. Di dalamnya juga. Pemasangannya terlalu biasa, malah lebih biasa dari kereta yang digunakan seharian. Saya sendiri sebenarnya tidak sangka!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 40

Previous Post

Malacca Time Attack Championship 2020 Round 2

Next Post

CR-V Audio, The Option One

Next Post

CR-V Audio, The Option One

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved