Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Honda Malaysia Umum Tempahan City Baharu

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-17
in BULETIN, UTAMA
0

Honda Malaysia Umum Tempahan City Baharu

Honda Malaysia mengumumkan tempahan bagi model terbaharu Honda City 2020. Ia didatangkan dengan empat varian untuk dijadikan pilihan pembeli di negara ini. Berbeza berbanding model di negara jiran, Thailand yang mendapat khidmat enjin 1.0 liter turbo. Honda City 2020 menawarkan enjin 1.5 liter hibrid aspirasi natural (NA). Bagi varian paling berkuasa City RS i-MMD dilengkapi bantuan sistem i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive).

Apa yang lebih membanggakan, Malaysia merupakan negara pertama di peringkat global menerima trenkuasa hibrid baharu ini apabila dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Versi paling standard pula mendapat khidmat enjin NA 1.5 liter DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, digandingkan dengan transmisi CVT.

“City membuktikan ia sebuah model yang penting bagi Honda Malaysia malah digemari rakyat negara ini kerana luas, praktikal dan memiliki ciri keselamatan terkini. Sejak diperkenalkan pada tahun 2001 di Malaysia, model ini telah mengumpul jumlah jualan sebanyak 351,000 unit.

“Bahkan, model City generasi keempat dilancarkan pada tahun 2014 mencatatkan jualan terbanyak dengan jumlah keseluruhan 205,000 unit sekali gus memegang segmen B,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Beliau menambah pelancaran City RS dilengkapi trenkuasa baharu di Malaysia menjadi pengenalan pertama di peringkat global. Toichi Ishiyama percaya model itu akan merancakkan pasaran melalui kemajua gaya serta kejuruteraan. Honda akan terus menjadi peneraju dan memperkenalkan Next Generation Advanced Technology lebih pantas.

Sistem i-MMD baharu yang juga dikenali di peringkat global sebagai e:HEV ini mampu memberi elektrifikasi kecekapan tinggi, digabungkan bersama maklum balas terus dan lancar. Seperti yang boleh dilihat dalam video, khidmat enjin 1.5 liter hibrid memiliki tork 253 Nm lebih power berbanding Toyota Camry 2.5L.

Antara ciri menarik lain didatangkan dengan City baharu ini ialah lampu utama LED depan dan belakang, serta lampu nyalaan siang DRL LED. Varian RS menampilkan dua tona warna, rim aluminium 16 inci, sistem keselamatan paling canggih Honda LaneWatch dan brek parkir elektronik. Dalam pada itu, Honda Malaysia menawarkan baucer servis bernilai RM1,000 untuk Honda City serba baharu. Pelanggan yang berminat boleh melihat dengan lebih dekat City baharu ini menerusi jelajah di seluruh negara bermula 24 Ogos ini.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Trackdays 8 Hours

Next Post

Hatsune Miku & K-Pop Power

Next Post

Hatsune Miku & K-Pop Power

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved