Geng Warikh (EOCM) dari Negeri Sembilan telah mengadakan satu program membakar lemang dan memasak rendang yang berlangsung di Batu Kikir Negeri Sembilan. Dimulakan seawal 6:30 pagi, para peserta yang terdiri dari ahli-ahli kelab Geng Warikh telah berkumpul di Seremban untuk menjayakan program kali ini. Terdapat kelainan yang diadakan pada program ini kerana para peserta bergotong-royong secara beramai-ramai.
Bagi makluman anda, program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan bermuafakat di kalangan ahli-ahli keluarga. Sebanyak 30 ahli keluarga telah menyertai program ini dan mereka berpuas hati sepanjang program diadakan. Malah, mereka juga mahu program yang sama diadakan setiap tahun.