Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : The Sandakan’s Stellar

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pemburuan kereta-kereta I.C.E bagi majalah ini mungkin paling serius pernah anda lihat. Jika kami berjaya mengetengahkan acara audio di setiap pelusuk Malaysia (Indonesia dan Singapura jangan lupa), kami juga berbelanja lebih demi memuaskan hati semua pihak. Anda tidak perlu skeptikal kalau kenyataan ini bunyinya macam memuji diri, namun saya memang berbangga dengan usaha syarikat yang sangat memahami kami pencinta I.C.E. Mungkin sebab bos juga peminat audio? Boleh jadi, sebab kami tidak menceduknya di internet atau gambar resolusi rendah dari MMS untuk dihidang di majalah.

Apa relevannya kenyataan itu? Baru-baru ini krew kami telah terbang ke Sabah dengan satu matlamat. Membawa pulang kereta yang bagus dari sana. Namun yang tidak bagusnya, kami mempunyai jadual yang sangat ketat sehinggakan masa untuk lepak, minum-minum pun terpaksa dicatu (maaf Bah!)

Apakah yang mendorong negeri nun jauh di hujung Malaysia mengikuti perkembangan sistem audio? Seperti yang pernah saya katakan, audio ialah satu perkara subjektif yang mampu menyatukan tak kira bangsa, agama, umur atau geografi. Pokoknya, semua manusia ada telinga dan telinga pencinta audio ini ternyata dijangkiti penyakit. Apakah penyakitnya? Telinga mereka tidak pernah puas. Itu memang pasti.

SONY DSC

Iswara ini mungkin kurang dari segi senarai peralatannya, namun dari segi persembahan, ia agak bagus. Binaan bodykitnya menyeluruh, sistem audionya kemas dan hiasan dalamanya teliti dan bersih.

Unit pertama untuk sistem audio ini ialah pemain Alpine CDA9887. Bercakap mengenai pemain Alpine, ia bukanlah mahal seperti sedekad yang lalu kerana Alpine sudahpun terjun dalam dunia ‘mass production’ yang nyata. Jika dahulu anda terpaksa berbelanja empat angka untuk sebuah pemain CD Alpine, sekarang banyak model ‘entry level’ yang diperkenalkan pada harga yang jauh lebih munasabah.

SONY DSC

Frekuensi yang diputar pemain ini ditapis oleh pre-amp Stellar SD-3.3. Pre-amp 3 way elektronik ini membolehkan frekuensi dipotong dengan lebih rapi. Ia ditugaskan untuk mengawal frekuensi rendah sementara equalizer Stellar SD5.1 untuk frekuensi pertengahan dan juga tinggi.

Teori pembangunan sebuah sistem audio yang bagus memerlukan asas yang penting. Terutamanya bunyi bass yang menjadi tonggak kebanyakan dari kita menilai betapa bagusnya keseluruhan sistem tersebut. Iswara ini dipasangkan dengan 4 unit woofer Stellar SD-1200NPS yang dikuasakan oleh amplifier monoblok Stellar SD2500KR. Sekarang, bunyi bass ini lebih solid, mungkin dengan gandingan amplifier dan woofer satu jenama yang direka di bawah satu bumbung.

Apabila meneliti senarai peralatan Iswara ini barulah saya sedar ianya datang dari satu kilang. Stellar semuanya. Nada mid dihasilkan oleh Stellar SD-6DCC yang dipasangkan pada hud belakang. Ada satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama, pemasangannya kemas walaupun tekniknya agak primitif mengikut standard audio moden. Perumah yang diperbuat daripada kayu tersebut dikemaskan dengan salutan PVC dengan warna kontras hitam dan merah.

Mid tersebut mendapat janaan kuasa daripada amplifier 4 channel Stellar SD-460AB yang turut menjana 4 unit horn tweeter Stellar SD-25HTT di bahagian but. Sebuah lagi amplifier yang sama digunakan untuk menghiburkan set kokpit kereta. Amplifier tersebut membekalkan kuasa kepada Stellar SD-6DCC yang dipasangkan pada panel pintu dan juga 2 unit horn tweeter.

Saya ulang sekali lagi. Kereta ini mungkin tak banyak dari segi senarai peralatan tetapi sekadar yang ada, ia menjalankan tugasnya dengan baik. Apa yang dipentingkan oleh pemiliknya ialah corak pemasangan yang kemas.

Bahagian but menyaksikan deretan woofer yang dipasang kemas dalam perumah kayu buatan khas. Keempat-empat woofer tersebut dipasang menghala keluar dengan paip PVC ditanam bersama untuk membebaskan udara yang terhasil dari dalam kotak. Hasilnya, bunyi bass yang solid dan mampu menyembunyikan distortion yang terjadi ketika sub memerlukan kuasa untuk lagu-lagu dengan rythm laju.

Speaker mid pada sisi but juga dipasangkan dalam kotak khas yang kemas. Amplifier juga dipasang diatas tempat tayar ganti dengan sekeping perspeks menutupinya. Bahagian luaran pula kelihatan lebih sporty dengan kehadiran bodykit yang tidak pernah saya jumpa sebelumnya. Mungkin direka sendiri dengan rekaan bebas tanpa meniru mana-mana rekabentuk sedia ada. Hasil akhirnya ialah sebuah Iswara demam kuning!

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC

 

Previous Post

Majlis Berbuka Puasa Kelab Honda Civic Vtec True Street dan Group Anak-Anak Abah Lee

Next Post

Geng Warikh Melemang dan Merendang 2019

Next Post

Geng Warikh Melemang dan Merendang 2019

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved