Perbezaan pendapat, fahaman dan pegangan politik sering mencetuskan ketegangan hampir di mana-mana sahaja tetapi perpaduan kita tidak mampu digugat sebagai satu bangsa Malaysia. Bukan sekadar untuk menyedapkan hati tetapi ia adalah hakiki dan dibuktikan berulang kali sejak dahulu lagi.
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu, pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan yang bertujuan untuk meraikan hari istimewa penuh bersejarah ini. Salah satunya, Mini Meet Up & Sound Blaster Mempakul Vol.1 anjuran BL Dynamic Accessories.
Program ini turut disertai oleh Labuan Car Audio Blasters (LCAB) yang turut memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan. Lebih menarik lagi, kehadiran mereka disambut cukup meriah dari rakan-rakan seperjuangan dalam arena yang sama setelah lama tidak berjumpa.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan Mini Meet Up & Sound Blaster ini sekali gus memberikan ruang serta peluang kepada para pencinta dunia audio kereta. Semoga lebih banyak penganjuran acara-acara audio kereta diadakan di masa hadapan.
Perkongsian ;
Profil Rendah