Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Gabungan Aksesori Konsep VIP Dan Sistem Audio, Ceriakan Persona!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-22
in SHOW OFF, UTAMA
0


Beberapa tahun yang lepas, arena modifikasi dan sistem audio kereta tempatan mula mendapat tempat. Pendedahan dari media massa, internet, laman web dan facebook menjadikan kelompok peminat audio berkembang cukup pantas. Ia lebih pantas berbanding senario pengubahsuaian ke arah kelajuan yang mengambil masa mungkin 20 tahun hari ini. Berbeza dengan kereta yang terlibat dalam perlumbaan dan modifikasi enjin yang menelan belanja mahal, sistem audio boleh bermula pada asas yang murah.

Pun begitu, sistem audio terbahagi kepada ‘hardcore’ atau amatur. Jarang sekali yang amatur akan terus kekal menjadi amatur kerana pengaruh dunia ini sangat kuat dan ada sahaja produk diperkenalkan setiap hari. Malah meja redaksi kami dihubungi hampir setiap hari memberi maklumat tentang kereta itu dan ini. Semuanya tak kami lepaskan dan giliran Persona ini tiba bila krew kami melawat empunya diri di daerah Senawang, Seremban atau lebih tepat lagi Target John Car Audio.

Proton Persona ini telah melalui proses pengubahsuaian kosmetik dan audio yang merangkumi segenap bahagian. Tidak keterlaluan saya katakan ia sudah tidak layak dipandu di jalan. Kit badannya sarat dengan splitter dan fabrikasi custom. Lampu LED dikelilingi bersama beberapa hiasan sampingan yang lazimnya dibina untuk kereta ‘show’.

Bahagian dalaman pula melahirkan bentuk baru di mana semuanya kini berwarna putih dan oren dari bahan sama ada PVC atau fabrik. Aksesori konsep VIP dan elegan dikenakan pada beberapa posisi bagi melengkapkan apa yang biasanya cuba ditonjolkan oleh sebuah kereta yang bertanding di pameran autoshow.

Sistem audio kereta ini pula merupakan pelengkap kepada versi autoshow. Kereta autoshow tanpa audio samalah seperti pameran fesyen yang dipadamkan lampu dewan. Malah dalam banyak penjurian dijalankan, audio merupakan penyumbang terbesar dalam liputan markah yang dinilaikan.

Pemain audio cakera padat Pioneer DEH-8350SD telah dipasangkan sebagai pemain utama untuk sistem audio Persona ini. Pemain media ini dibantu pula seunit pre-amp NT Power NT-P10. Manakala dua unit amplifier digunakan; amplifier 4 channel NT-0605 dan amplifier monoblock NT Power NT-1501. Kedua-dua amplifier ini disambungkan untuk sistem yang dihimpunkan di dalam hud kereta ini. Terdiri dari 4 unit mid bass 6” NT Power 6.0BM dan 2 unit horn tweeter. Unit-unit yang dimaksudkan ini telah dipasang dalam perumah di bahagian penutup but dengan seunit monitor TFT LCD yang diletakkan di antara kelompok tersebut.

Kelengkapan seterusnya ialah 2 unit woofer 12” NT-Power NT-12DDD yang dipasangkan dalam kotak kayu serta dibalut dengan PVC berwarna. Errr… oren. Ya. Dominaso warna oren dalam proses pembikinan kereta ini memang sesuatu yang dominan. Woofer ini kemudiannya mengekstrak kuasa yang dibekalkan oleh seunit amplifier monoblok NT Power NT-1501 tadi.

Pembinaan semula kereta-kereta pada kelas ini memakan banyak masa dan belanja. Justeru tidak hairanlah pemiliknya sanggup menghadiri hampir semua pertandingan yang dijalankan untuk mendapat ‘nama’ dan mengaut hadiah. Mungkin kadangkala hadiah bukanlah sesuatu yang diburu kerana prestij nama sering menjadi bualan. Kalau satu masa dulu, kereta-kereta begini hanya dibina oleh kedai-kedai aksesori sebagai kereta demo, pada hari ini ia berkembang menjadi milik individu yang secara tidak langsung membantu menyuntik ekonomi domestik kita.

Sudah sampai masanya pihak kerajaan turun melihat aktiviti begini dan turut menyokong sepenuhnya dengan dana yang tersusun. Bagus sekiranya ada aktiviti tetap dan bermusim kerana saya percaya kesannya terhadap ekonomi dan sosial adalah sangat besar untuk jangkamasa panjang.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 43

Previous Post

Tanpa Bass, Audio Tiada Makna?

Next Post

Bila Sibuk Bermain Audio Untuk Kepuasan Hati, Adakah Itu Pentingkan Diri?

Next Post

Bila Sibuk Bermain Audio Untuk Kepuasan Hati, Adakah Itu Pentingkan Diri?

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved