Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

EON Lantik MyTukar Sebagai Rakan Niaga Tukar-Beli

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-03-05
in BULETIN, UTAMA
0

MyTukar, platform jualan kenderaan terpakai atas talian yang pesat berkembang telah menandatangani perjanjian usaha sama strategik bersama Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sebagai rakan niaga tukar beli kenderaan. Melalui usaha sama ini, myTukar akan memudahkan proses tukar beli untuk pelanggan EON dengan melakukan pemeriksaan kenderaan oleh pemeriksa bertauliah myTukar, sekiranya dipinta oleh pelanggan.

EON, anak syarikat DRB-HICOM Berhad merupakan wakil pengedar untuk beberapa jenama antaranya, PROTON, Mitsubishi, Audi dan Volkswagen, masing-masing melalui EON, EON Automart, Euromobil dan HICOM Auto. Rangkaian EON meliputi 20 cawangan di seluruh negara.

CEO myTukar, Fong Hon Sum yakin bahawa usaha sama ini akan berjaya dengan adanya rangkaian pengedar EON yang kukuh, di samping menyediakan peluang kepada EON untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggannya.

“myTukar sangat berbesar hati mendapat peluang bekerjasama dengan salah satu konglomerat terbesar Malaysia yang memiliki perniagaan automotif yang begitu komprehensif. Kolaborasi ini membolehkan EON memanfaatkan platform teknologi milik myTukar dalam menyediakan penilaian yang pantas dan telus untuk tukar beli kenderaan kepada para pelanggan EON. Ini dapat memantapkan lagi pengalaman pelanggan di rangkaian EON kerana kini menjadi sebuah pusat solusi sehenti yang efektif,” ujar Fong.

Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM yang sependapat dengan Fong, menyatakan bahawa usaha sama ini merupakan situasi sama menang yang menyediakan potensi dan peluang yang besar kepada kedua-dua belah pihak.

“Ini adalah satu sinergi yang mantap dan kami sangat gembira kerana menemui rakan niaga yang sehaluan seperi myTukar. Tukar beli sering kali menjadi satu perkara yang menyusahkan pembeli kenderaan, yang kini semakin mahukan proses transaksi yang telus dan ringkas. Kami yakin sistem tukar beli inovatif myTukar ini berupaya meningkatkan jualan kenderaan baharu di seluruh cawangan kami, dan lebih penting dapat memantapkan lagi pengalaman pelanggan kami secara keseluruhan di semua cawangan. Seterusnya membolehkan kami memberi lebih nilai kepada pelanggan kami,” kata Syed Faisal.

Sebagai permulaan, kolaborasi bersama EON ini hanya akan meliputi Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, myTukar pada tahun ini berkembang pesat dengan pembukaan tujuh cawangan baharu di seluruh negara. Pembukaan lebih banyak cawangan di Malaysia Timur bermula dengan Kuching dan Kota Kinabalu sedang dirancang, dan pastinya ia memberi manfaat yang lebih besar kepada EON di masa hadapan.

myTukar merupakan syarikat pertama dalam industri kenderaan terpakai secara atas talian di Malaysia yang dianugerahkan pensijilan berprestij ISO 9001:2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti. Pensijilan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan myTukar dalam memastikan jualan kenderaan berteknologi inovatif ini berada di tahap terbaik dari segi kualiti, keyakinan dan ketelusan di semua peringkat agar seiring dengan pengembangannya yang pesat.

Previous Post

Harga Lebih Rendah Daripada Anggaran, Terima 5,000 Tempahan Sejak Dibuka

Next Post

Bukan Sekadar Menghiburkan, Malah Menenangkan

Next Post

Bukan Sekadar Menghiburkan, Malah Menenangkan

CAPAIAN

  • May 2026
  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved