Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Double The Entertainment

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Double The Entertainment

Kecenderungan kereta yang menerima pengubahsuaian audio lazimnya terjadi atas dua faktor utama. Sama ada untuk pertandingan atau pun pengaruh rakan-rakan kelab. Kereta audio juga lazimnya dibuat sehabis baik dan perubahan demi perubahan sering terjadi kerana peringkat kualiti bunyi ini tidak ada penghujungnya. Ibarat membeli sebuah Ferrari sekalipun, dari 360 Modena, kepada 458 Italia dan bermimpi F12 Berlinetta.

Realiti hobi mahal ini didorong oleh banyaknya perkakasan audio yang diperkenalkan setiap hari di pasaran. Teknologi ini diperbaiki dari masa ke masa menjadikannya lebih baik. Peralatan seperti amplifier pada tahun 90-an kini lebih maju, kecil dan lebih berkuasa. Bila teknologi ini berkembang pantas juga, ia dihasilkan pada volum yang tinggi menjadikannya lebih murah di pasaran.

Pilihan sebenar untuk bermain sistem audio ada banyak, bergantung pada bajet. Lebih menarik lagi jika audio digabungkan dengan modifikasi badan yang kemas. Bila keputusan begitu diambil maka jadilah seperti Honda Civic 1.8 ini. Sebuah contoh modifikasi audio dan rekabentuk yang diperbaharui. Pemilihan warna oren terang sudah pastilah menjadi faktor utama melonjakkan penampilannya.

Sistem kereta ini bermula dengan 2 unit pemain utama kerana kereta ini mempunyai dua unit sistem audio; SQ dan SPL. Baiklah, kita mulakan dengan sistem talaan SQ yang dikepalai pemain utama Dvd 2-din Sony XAV-63. Bercakap tentang pemain Sony, ia adalah pemain sama yang dipasang pada kereta saya. Ia antara pemain berjenama Jepun 2-din Dvd yang murah di pasaran. Pada awalnya, saya tidak harapkan kualiti gambar yang cantik dan bunyi yang jelas, tetapi sangkaan saya meleset. Meskipun dikeluarkan sebagai model ‘entry level’, kualiti pemain ini sama dengan unit 32 bit dengan pemproses yang lebih canggih keluaran ‘K’ dan ‘J’.

Pemain dari Sony ini disambungkan dengan sistem 3 channel tanpa sebarang penggunaan amplifier. Ia adalah set-up khusus untuk bahagian dalam yang menampilkan speaker Dominations dalam bentuk gugusan set 3 serangkai. Mid bass 4” dan tweeter dipasang dalam perumah khas pada tiang A sementara mid 6” menggantikan speaker panel yang asal.

Bagi memberikan impak bunyi yang lebih mantap, 2 unit tweeter turut dipasangkan pada bahagian tempat penumpang belakang. Ini bagi memastikan, pendengar di bahagian belakang dapat menikmati bunyi yang sempurna. Di sinilah, keajaiban dari pemasang atau juruteknik dapat dilihat. Berani saya katakan, ianya memang hebat. Selesa dan bunyinya menyeluruh. Itu untuk sistem bunyi interior.

Sebelum meneruskan perjalanan audio yang seterusnya, pemain Pioneer DEH-1050E mengemudi aliran audio untuk sistem SPL yang dibangunkan di bahagian but belakang. Bagi sistem audio yang kedua ini, seunit crossover elektronik Mohican MH-3.3X digunakan untuk membaca isyarat dihantar pemain 1050E tadi sebelum diagihkan kepada 3 unit amplifier yang memacu barisan speaker dan woofer. 3 unit amplifier yang digunakan juga merupakan dari Mohican; 2 unit amplifier 2 channel dan 1 unit amplifier monoblock MH-2500DKR.

Jika untuk sistem talaan SQ tadi, jenama Dominations digunakan, bagi sistem kedua yang disemadikan di bahagian but belakang ini menggunakan sepenuhnya dari jenama Mohican. Sejumlah 4 unit mid bass 6” Mohican MH-6PA dipasangkan pada penutup but dalam perumah binaan gentian kaca. Setiap unit mid ini mendapat bekalan kuasa dari seunit amplifier 2 channel Mohican.

Turut dipasangkan secara berselang dengan kedudukan mid bass ini pula ialah 2 unit tweeter yang dikuasakan seunit lagi amplifier 2 channel Mohican. Pelekat ‘bomb’ dihias disekelilingnya sementara penutup speaker digunakan untuk memberi kontras warna. Seunit monitor in-dash motorised JVC hampir tidak kelihatan, terlihat dipasangkan di tengah dengan cukup kemas.

Melengkapkan sistem talaan SPL, 2 unit woofer 12” Mohican. Kuasanya diperolehi daripada seunit amplifier monoblok Mohican MH-2500DKR dan menariknya, tema dalaman but ini menggunakan warna putih hampir di segenap bahagian. Ia sangat kontras jika dibandingkan dengan hiasan pelekat B0omb yang banyak digunakan pada permukaan vinyl baik di dalam ataupun di bahagian bootlid. Logik di sebalik pemilihan warna putih ialah untuk menyerlahkan pemasangan susunan amplifier dan aksesori seperti kotak fius. Itu menjadikannya lebih menyerlah berbanding penggunaan pelekat yang sama pada permukaan yang luas tersebut.

Kereta ini bukan sahaja menampilkan audio semata-mata. Modifikasi keseluruhannya juga sesedap mata memandang. Warna badan oren ‘ditentang’ rim Volks Racing TE37 Takata green. Kerendahannya juga pada tahap maksimum menggunakan coilover bolehlaras. Bahagian dalamannya juga menerima set balutan kulit yang baru, sticker berwarna warni dan juga sistem audio yang disebutkan tadi. Ia sempurna dan megah bila dipandu. Projek begini jarang ditemui dan membuatkan saya bersemangat menulisnya. Idea memang tidak berhenti!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 41

Previous Post

Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Atau Dadah, Penjara 15 Tahun Dan Denda Sehingga RM100,000.00

Next Post

BMW M135i xDrive Dilancarkan Di Malaysia

Next Post

BMW M135i xDrive Dilancarkan Di Malaysia

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved