Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

BMW M135i xDrive Dilancarkan Di Malaysia

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-28
in BULETIN, UTAMA
0

BMW M135i xDrive Dilancarkan Di Malaysia

Baru-Baru ini, BMW Malaysia telah melancarkan BMW M135i xDrive yang juga dikenali sebagai The 1. Ia merupakan jentera flagship dalam keluarga BMW 1 Series generasi ketiga. BMW M135i xDrive ditawarkan pada harga RM355,646 seunit. Menerusi ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, jentera itu boleh dimiliki dengan bayaran RM4,058 sebulan (anggaran pinjaman 80% untuk tempoh lima tahun).

Model hatchback premium itu tampil dengan gril kidney yang besar berwarna kelabu dan disatukan buat pertama kalinya. Ia kemudian diapit oleh sepasang lampu utama LED adaptif. Rongga udara di hadapan dan sisi, pelitup cermin sisi, dan paip ekzos 100 milimeter dalam warna Cerium Grey menonjolkan statusnya sebagai model perdananya.

Model kompak itu kemudian dipasang dengan rim aloi ringan 19 inci dalam V 557 M dua tona. Di bahagian belakang, lampu tiga dimensi yang mengandungi dua bahagian menyerlahkan bentuk L BMW. Ia juga dilengkapi spoiler belakang BMW M. Hatchback itu dikuasakan oleh enjin empat silinder TwinPower Turbo M Performance berkapasiti 2.0 liter. Ia mampu menjana uasa mencecah 306hp dan tork 450Nm, sebelum disalurkan melalui sistem pacuan semua roda.

BMW M135i xDrive hanya memerlukan 4.8 saat untuk membuat pecutan 0-100km/j dan boleh mencatat kelajuan tertinggi 250km/j. Model kompak itu dilengkapi suspensi M Sport dan brek M Sport berprestasi tinggi. Sementara ciri ‘Active Sound Design’ berfungsi menguatkan bunyi sebenar enjin dan mengeluarkan profil bunyi yang lebih sporty. Kokpit BMW M135i xDrive hadir dengan kemasan ‘Illuminated Boston’ serta upholsteri kulit Dakota. Elemen-elemen M juga menghiasi tempat duduk, tali pinggang keledar dan stereng.

Sistem bunyi Harman Kardon dengan 16 pembesar suara menawarkan hiburan tanpa henti setiap kali jentera ini dipandu. BMW Live Cockpit Professional menampilkan Sistem Operasi BMW 7.0 dengan Paparan Instrumen 10.25 inci, selain skrin sentuh 10.25 inci beresolusi tinggi. Jentera itu juga dilengkapi sistem kunci digital BMW, Apple CarPlay, kemaskini perisian jarak jauh dan pembantu peribadi pintar BMW.

BMW M135i xDrive didatangkan dalam warna putih, hitam, biru, kelabu atau merah. Anda boleh memilih upholsteri kulit Dakota berwarna hitam atau merah. Hatchback idaman ramai ini bakal berada di semua pengedar sah BMW di seluruh negara pada 28 Julai 2020. Pelanggan juga boleh menempah The 1 di http://www.shop.bmw.com.my/ dengan hanya RM1,000 dan berpeluang untuk memenangi BMW i8 Coupé.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Double The Entertainment

Next Post

Kurang Permintaan, Mitsubishi Bakal Tamatkan Produksi Pajero 2021

Next Post

Kurang Permintaan, Mitsubishi Bakal Tamatkan Produksi Pajero 2021

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved