Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Definisi Kualiti Audio Sebenar?

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kedatangannya dalam persada dunia ICE bukanlah sekadar memenuhkan ruang yang ada tetapi membawa satu matlamat diikuti komitmen. Percaya atau tidak, kebanyakan pengeluar jenama ICE yang ada di pasaran pada hari ini tidak jujur? Kenapa pula tidak jujur? Itulah yang dibangkitkan oleh jenama ini, DB Drive. Menyedari realiti dunia ICE yang membelakangkan soal kualiti, jenama ini bangkit memperjuangkan tentang erti kualiti audio yang sebenar.

Benarkah apa yang dikatakan oleh DB Drive ini? Saya memilih untuk percaya. Bukan sebab ianya dikatakan oleh sebuah jenama bertaraf ‘high-end’ seperti DB Drive, sebaliknya telah ada beberapa aduan sampai ke pengetahuan. Berhabis beribu-ribu ringgit, tetapi hasil bunyinya tetap sama. Apa yang tercatat pada spesifikasi, tidak sama dengan hasil yang diperolehi? Siapa yang perlu dipersalahkan? Bukan hendak berat sebelah, tetapi itulah hakikatnya. Saya pasti ramai yang bersetuju.

Apa pula jaminan yang DB Drive ini memiliki kualiti hebat?

Kar HiFi diberi peluang mengadili kualiti dihasilkan produk ini yang dipasangkan pada kereta Toyota Wish. Secara jujurnya, saya tak berkenan dengan kereta yang menerima sentuhan installer Jason Excellent Sound System ini. Bagaikan ada yang tak kena. Maklumlah, sebelum ini kereta-kereta yang ditemukan memang gah luarannya. Tetapi seperti kebiasannya saya perlu mengingatkan diri, jangan cepat menilai menerusi penampilan.

Apabila bekerja dengan ICE, maka perkara utama yang perlu diberikan tumpuan ialah, audio! Sangat tidak relevan kalau mengaitkan penampilan bodykit atau sticker, apatah lagi dengan prestasi kereta dengan ICE. Sangat tidak adil. Jadi, kembali kepada fokus utama. Perkara utama yang saya buat, membelek bahagian hadapan yang menempatkan pemain utama Pioneer AVH-P4250 DVD. Ah, di situ installer berjaya mengembalikan minat saya untuk terus fokus terhadap kerja. Apa tidaknya, ia merupakan antara salah satu pemain yang mempunyai trek cemerlang dari Pioneer.

Bagi mengagihkan data yang dihasilkan pemain Pioneer ini, 2 unit pre-amp 7 band telah digunakan dengan tujuan injeksi kepada kualiti yang dialirkan kepada unit-unit speaker yang menganggotai sistem ICE ini. 2 unit pre-amp tersebut adalah dari satu lagi jenama ‘hi-end’, Coucar CR-EQL7.1. Dari sini pula, installer membahagikan isyarat yang dialirkan 2 unit pre-amp ini kepada 4 unit amplifier.

Isyarat yang telah menerima penambahbaikan dari satu unit pre-amp Coucar ini dialirkan pula kepada 2 unit amplifier 2 channel Mohawk Silver 400.2. Menerusi amplifier ini pula, isyarat tadi diperbesarkan untuk memacu sejumlah 8 unit speaker keseluruhannya. Speaker ini terdiri daripada 4 unit tweeter America Sound dan 4 unit mid bass DB Drive dengan pembahagian, 1 unit amplifier 2 channel Mohawk memacu 4 unit tweeter dan seunit lagi memacu 4 unit mid bass DB Drive.

Ditempatkan dalam kostum khas, kesemua speaker ini diletakkan di bahagian panel pintu. 2 unit mid bass dan 2 unit tweeter di sebelah panel pintu depan kanan dan bakinya, di bahagian panel pintu depan kiri. Sangat kemas dan mewujudkan staging yang jelas khususnya kepada pemandu dan penumpang yang duduk di bahagian hadapan. Bunyi yang dialunkan memang jelas dan sangat mengasyikan.

Seterusnya, seunit lagi pre-amp Coucar ini mengalirkan isyarat kepada 2 unit amplifier monoblock Mohawk yang juga dari siri Silver MS3000.1D. Setiap unit amplifier ini ditugaskan untuk memacu 2 unit subwoofer DB Drive 12” siri Okur K9, K9-12D4. Subwoofer siri Okur yang menghasilkan kuasa maksima pada 2000watt ini diperbuat daripada ‘non-transfer Paper Cone’ dengan getah NBR sekelilingnya.

4 unit subwoofer ini ditempatkan di bahagian belakang dengan mengorbankan sepenuhnya ruang tempat letak barang dan juga simpanan tayar. Agak relevan memandangkan Wish ini hanyalah sebuah kereta demo yang dipertontonkan kepada pecinta ICE dan bukannya bertujuan untuk main ICE secara suka-suka sambil membawa famili berjalan-jalan. Bagi memberikan bunyi bass yang paling optima, ruang udara telah diwujudkan diantara keempat-empat subwoofer ini. Hasilnya, tak perlulah diceritakan di sini. Memang MALATUP, bak kata orang-orang Sabah. Tak begitu?

Sepertimana yang dikatakan di awal tadi, sia-sia kalau kereta Wish ini diadili kerana rupa bentuknya, mahu pun keupayaan prestasinya kerana itu tidak ada kaitan dengan ICE. Tetapi, untuk memastikan kuasa yang dibekalkan kepada sistem ICE yang begini cemerlang, memang tak cukuplah kalau bersandarkan seratus peratus kepada bateri kereta yang biasa tu, betul? Untuk itu, 2 unit kapasitor dari Mohawk dengan 12 farad telah digunakan. Hmm. Sekarang, barulah kena.

DB Drive menghidupkan impian bunyi yang pernah saya idamkan. Kalau pasang pada Myvi, ok tak?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 27

Previous Post

Bunyi Bak Petir Sabung-Menyabung

Next Post

Pemproses Isyarat Digital Amplifier Teknologi Terkini

Next Post

Pemproses Isyarat Digital Amplifier Teknologi Terkini

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved