Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Db? This is the Unser

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Membuat sebuah kereta yang mampu memenangi pertandingan audio SPL adalah impian setiap peminat audio kenderaan. Bukan mudah untuk mencatat desibel tertinggi kerana ia lebih kompetitif dari yang dijangka. Asasnya, pertandingan nampak mudah, amplifier, woofer dan catatan ‘term lab’, tetapi realitinya banyak selok-belok yang perlu dibuat untuk menghasilkan sebuah kereta yang mampu bergelar juara.

Banyak yang telah saya dengar sebelum ini mengenai hal tuner yang satu ni. Kedainya terperosok nun jauh di sebuah kawasan kampung di daerah Klang. Lokasinya juga tidak menggambarkan langsung diamnya sebuah jentera raksaksa yang muncul secara tiba-tiba. Sejak dari awal lagi, kereta-kereta dari premis ini hanya banyak dipertontonkan di pertunjukan audio hujung minggu sahaja. Sehinggalah baru-baru ini, beberapa projek yang dibina mendapat reputasi tinggi apabila ia diuji. Kami terpanggil untuk menyiasat lokasi sebenarnya dan akhirnya bertemu dengan kereta ini, sebuah Toyota Unser.

Warna kuning pada badannya menarik sedikit perhatian saya untuk menjenguk lebih dekat. Beberapa bulan sebelum itu, kereta yang sama memenangi salah satu pusingan pertandingan audio MACE di KL. Saya hampir tidak dapat mengecam kombinasi baru ini, apatah lagi apabila melihat susunan audio dalamannya kini lebih meriah dan tersusun. Ketika di pertandingan tempohari, tidak ramai yang melihat kereta ini dari dekat. Tumpuan diberikan pada van dengan 14 atau lebih bilangan woofernya. Tetapi apabila keputusan keluar, nah semua orang terpegun!

Ini adalah projek demo audio terbaru dari Kole Audio. Kereta ini dibina khusus untuk dipertandingkan agar produk ini mendapat kepercayaan umum. Lebih mengagumkan, kereta ini dibina dengan cukup kemas dan tidak keterlaluan. Temanya sangat ‘straight forward’ dalam mengenengahkan betapa besarnya kuasa yang mampu dihamburkan oleh produk Kole Audio ini.

Pemain Pioneer DEH – 425OSD dipilih menerajui kombinasi sistem dengan penggunaan 1 unit crossover elektronik Kole Audio QX1-3EQT dan 3 unit pre-amp 7 band QX1 – 90EQ yang juga dari Kole Audio. Kesemua unit ini ditempatkan di bahagian kabin belakang dan dikawal sepenuhnya menggunakan teknik manual. Susunan peralatan berikutnya ialah 5 unit amplifier monoblock, 2 unit amplifier 2 channel dan seunit amplifier 4 channel. Ya. Itu sahaja. Bilangan kecil peralatan ini membolehkan dekorasi dibuat dengan teratur, amplifier monoblock disusun selari di samping 3 amplifier yang lainnya berada di puncak. Kemasan pemasangan, perumah dan persempadanan yang dibuat menyebabkan tiada wayar yang kelihatan. Bijak!

Amplifier-amplifier monoblock Kole Audio QX-3000D tadi bertindak membekalkan kuasa kepada 10 unit woofer 12” Kole Audio QB-12DD di bahagian belakang Unser ini. 10 unit bukanlah jumlah yang besar tapi kuasanya yang stabil menyebabkan saya sendiri terkejut bila diberitahu ia pemegang rekod terkini MACE. Kereta ini mencatat 158 dB, tertinggi setakat hari ini. Saya pernah melihat sebuah van dengan 15 atau 20 woofer tetapi nilai dBnya jauh lebih rendah!

Ia memerlukan kesinambungan bunyi yang konsisten dan sokongan dari frekuensi berbeza. Misalnya, bahagian mid turut menyokong sebab bila ‘term lab’ menguji bunyi, mid yang baik akan membantu. Mid Unser ini terdiri daripada 16 unit mid 6” Kole Audio QX-60BM yang mendapat bekalan dari 2 unit amplifier 2 channel Kole Audio QD2-602. Ya, saya tidak salah taip, hanya 2 amplifer 2 saluran!

Pola bunyi yang mantap telah disempurnakan dengan kemasukan unit-unit tweeter yang terdiri daripada 8 unit semuanya. Tweeter yang digunakan juga dari Kole Audio QD-TW100 dan dikuasakan oleh amplifier 4 channel Kole Audio QDF-604. 4 unit tweeter dipasangkan dalam konsol khas pada tailgate dan 4 unit lagi pada pemuka hud. Kesemuanya dipasang dalam perumah custom yang dibina khusus untuk fungsinya.

Tuner yang mahir mempunyai alasan tersendiri bila memilih lokasi pemasangan kerana setiap tidak tanduk yang dibuat memberi kesan besar ketika proses penalaan akhir dilakukan. Itu belum termasuk pemilihan jenis kabel, kapasitor dan pengiraan yang lebih rumit dalam memastikan setiap yang dikira di atas kertas dapat direalisasikan dalam praktikal sebenar.

Memegang gelaran ‘Best of The Best’ dalam kategori External SPL adalah satu pencapaian paling tinggi dalam pertandingan audio. Ia dihakimi berdasarkan catatan teknikal dan mesin yang bukannya subjektif. Sebab itu juga ia sering jadi kayu pengukur dalam penetapan standard industri dan yang paling ramai orang idam-idamkan!

Previous Post

Vios Coral SQ

Next Post

Vios Autoshow America Sound

Next Post

Vios Autoshow America Sound

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved