Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Datsun 120Y, masih bergaya!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-10
in SHOW OFF, UTAMA
0

Mungkin generasi sekarang kurang maklum tentang kereta Datsun 120Y tetapi jika dilihat kembali di awal pengeluarannya, ia merupakan kereta dari Datsun yang mendapat tempat dikalangan pencinta kereta. Generasi ketiga Datsun Sunny ini diberikan sentuhan baharu terhadap gaya yang kelihatan seperti kereta keluaran dari Jepun. Dibina dengan beberapa perbezaan berbanding model sebelumnya, Datsun 120Y ini dikatakan lebih selamat, teguh dan lebih selesa. Didatangkan dengan enjin bersesaran 1,200cc, Datsun 120Y ini turut dikenali sebagai B120 di Amerika dan dilengkapi enjin A13.

Sepanjang pengeluarannya, 120Y sangat dikenali kerana memegang rekod sebagai model kereta yang paling boleh dipercayai. Salah satu ciri terbaik yang ada pada 120Y ini adalah kotak gear segerak 4-kelajuan – yang boleh dikendalikan secara terus dan cukup kemas sekali gus memudahkan pemandu untuk menggunakannya tanpa memerlukan usaha yang lebih dan menjadikan pemanduan lebih menyenangkan. Pada tahun 1975, Datsun 120Y menjalani pengubahsuaian di mana suspensi hadapan telah ditukar kepada rim 13” beserta enjin jenis A12.

Walaupun kereta Datsun 120Y ini tidak lagi dikeluarkan sejak lebih 20 tahun dahulu, reputasi dan prestasi cemerlangnya membuatkan ramai penggemar kereta olskool yang sanggup mencari kereta model ini sebagai koleksi peribadi. Tidak kurang juga yang membelinya untuk dimodifikasi seterusnya disimpan dengan cukup rapi. Salah satu penggemar kereta Datsun 120Y yang sudi berkongsi dengan para pembaca Kar HiFi menerusi ruang show off ini adalah YM Datuk Paduka Che Omar Bin Kamis.

Mengekalkan enjin B120 bersesaran 1,200cc, Datsun 120Y ini tampil kemas dan tampak seperti baharu seakan baru sahaja keluar dari kilang. Mungkin di situlah terletak kelebihan kereta olskool yang sentiasa dijaga rapi. Tak tentu lagi kereta-kereta baru sekarang mampu menandingi betapa cermatnya para pemilik kereta olskool menjaga kereta masing-masing. Selepas proses restorasi dan naik-taraf, Datsun 120Y ini tampil menarik dan menjadi tumpuan setiap kali memeriahkan autoshow khususnya dalam segmen olskool.

Sebaik melihat kemasan di bahagian dalam kereta, ternyata pemiliknya tahu cara untuk mengekalkan identiti Datsun ini tanpa mencederakan keadaan asalnya. Hanya beberapa modifikasi yang dilakukan seperti penggantian sarung kerusi PVC berwarna hitam agar ia tampil menawan dan kemas. Sistem audio Datsun 120Y ini dimulakan dengan pemain utama Alpine yang menggantikan pemain asal. Dari sini, isyarat yang dihasilkan tadi telah dibahagikan kepada 3 laluan yang didahulukan oleh 3 unit amplifier yang terdiri daripada 2 unit amplifier 2 channel dan seunit amplifier monoblok. Bagi laluan pertama dan kedua khusus untuk speaker yang terdiri daripada 8 unit mid bass Kingdom dan 8 unit tweeter.

Sebanyak 4 unit mid bass dan 4 unit tweeter telah dipasangkan di bahagian dalam kereta yang dikuasakan oleh seunit amplifier 2 channel. Manakala selebihnya, 4 unit mid bass dan 4 unit tweeter telah dipasangkan di bahagian bonet yang dipasangkan pada perumah khas. 2 unit mid bass dan 2 unit tweeter dipasangkan pada perumah yang ditanam pada botlid. Manakala baki 2 unit mid bass dan 2 unit tweeter dipasangkan pada perumah khas yang ditanam di bahagian ruang tempat letak barang. Sebagai penutup sistem audio Datsun 120Y ini, 2 unit woofer Kane telah digunakan.

Generasi baru khususnya golongan belia perlu menjadikan Datsun 120Y ini sebagai contoh, terjaga di luar dan dalam. Kekal relevan dan masih bergaya.

Previous Post

Throwback : KW Autolife Autoshow Gathering 2018

Next Post

Gathering Car Club & Komuniti Utara 2019

Next Post

Gathering Car Club & Komuniti Utara 2019

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved