Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Crash Boom Bang

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-02
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tidak kira di mana juga kita berada di dunia ini, satu perkara sahaja yang tidak akan berubah. Duit? Bukan. Ada yang lebih penting dari duit. Apa lagi kalau bukan jenama. Sama ada seseorang itu mempunyai duit atau pun sebaliknya, yang penting memiliki dan bergaya dengan jenama terkenal.

Begitu juga halnya dengan dunia I.C.E, kebanyakan kaki-kaki I.C.E sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan jenama mahal untuk dimuatkan dalam kereta masing-masing. Bukan niat untuk merendah-rendahkan sikap segolongan manusia, tetapi ini adalah lumrah kehidupan. Menang dari segi gaya, tetapi pada dasarnya kecintaan terhadap I.C.E itu kurang.

Pendek kata, lebih cenderung untuk menunjuk kemampuan dan bukan minat yang mendalam. Namun begitu, bukan semua terjatuh dalam golongan ini. Masih ada yang mengukur produk bukan kerana jenama tetapi kualiti yang dibawa oleh produk tersebut. Antara jenama yang semakin dikenali kerana produk yang berkualiti adalah Adams Digital.

Tentunya jenama ini tidak perlu diperkenalkan lagi, khususnya kepada peminat talaan SPL di Malaysia ini. Jenama Adams Digital bukanlah satu nama yang asing, malah telah membina empayar tersendiri dan mempunyai sebilangan besar pengikut yang sentiasa setia memberi sokongan. Usia yang masih muda berbanding jenama lain, Adams Digital mampu memberikan saingan sengit persada I.C.E tanahair.

Tidak hairanlah sekiranya ruangan ini menampilkan seorang lagi pemilik kereta yang memilih jenama Adam Digital sebagai jentera utama mengisi keperluan I.C.E untuk kereta Waja kesayangannya. Mohamad Sapari Othman atau lebih mesra dengan panggilan manjanya Sapari.

Lihat sahaja pada dinding kereta Waja yang dipenuhi dengan sticker ini sudah cukup memberikan tanggapan awal, yang pemiliknya pasti penggila kereta tegar! Tambahan pula apabila berselisih di jalanraya, tenggelam bunyi audio kereta sendiri dek hentaman padu yang dihasilkan dari kereta Waja ini. Lantas membenihkan persoalan, bagaimana mungkin sistem audio anda ditenggelamkan begitu saja.

Jika andalah mangsa yang pernah melalui insiden sebegini, inilah masanya untuk mengetahui rahsia yang berselindung di sebalik kekebalan Waja milik Sapari. Dibarisi dengan semua produk Adams Digital, Sapari tidak pula menukarkan pemain utama kereta waja miliknya. Beliau mengekalkan pemain unit dari jenama Clarion yang sememangnya khas didatangkan bersama kereta ini.

Bagi menampung isyarat yang dibawa oleh pemain utama, Sapari memasang equalizer Eurovox EV-948 dengan 4 band parametrik yang diletakkan berhampiran tempat kaki pemandu. Diperbuat dari perumah keluli dengan rekaan iluminasi yang terang serta mengawal frekuensi subwoofer. Melalui equalizer ini, perjalanan isyarat disampaikan pula kepada empat buah amplifier.

Bagi memacu 4 buah woofer 12 inci Adams Digital, Sapari telah menggunakan 2 buah unit amplifier monoblock Adams Digital iaitu ADS 500.1M. Selain dari 2 buah amplifier monoblock ini, Sapari telah memasang dua lagi unit amplifier juga dari Adams Digital. 1 unit amplifier 2 channel dan 1 unit amplifier 4 channel bagi memacu 4 biji mid bass 6 inci Adams Digital, 2 biji hi mid Adams Digital dan 4 biji horn tweeter juga dari Adams Digital.

Apabila pemain utama dihidupkan, pasti bergegar kereta waja ini. Dapatkah anda bayangkan bagaimana situasinya tatkala berada dalam kereta ini? Ya! Pecah gegendang. Itulah kehebatan talaan, dan sekaligus memberikan kepuasan kepada saudara Sapari. Cuma, jika pemain unit sedia ada digantikan, sudah tentu bunyi yang terhasil berlipat kali ganda lebih dentumannya.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 7

Previous Post

Litar Bertaraf Antarabangsa Bakal Dibina Di Langkawi

Next Post

myTukar Lancar Pengalaman Pembelian Serba Baharu

Next Post

myTukar Lancar Pengalaman Pembelian Serba Baharu

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved