Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Bukan Kancil Biasa

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-02-21
in SHOW OFF, UTAMA
0


Ramai berpendapat, kalau mahukan sistem audio SPL yang terbaik, kenderaan yang diperlukan haruslah besar dengan ruang yang banyak untuk meletak speaker, woofer dan aksesori audio lain dengan mudah. Ada kebenaran dengan pendapat ini, tetapi sebenarnya pada installer yang profesional, ruang bukanlah satu halangan bagi membina sistem audio jenis SPL.

Perodua Kancil bukanlah sebuah kereta yang ideal untuk projek audio jenis SPL, oleh kerana saiznya yang sangat kecil. Bagaimanapun, ruang yang kecil jika dimuatkan dengan aksesori audio yang betul boleh menghasilkan bunyi yang cukup berkuasa tinggi dan kadang-kala boleh mengalahkan kenderaan yang jauh lebih besar daripadanya.

Installer projek kereta ini bermula dengan seunit pemain utama Kenwood KDV-MP334B jenis din tunggal yang mampu memain semula audio dan video digital format CD, MP3, DVD dan juga VCD. Walaupun unit utama ini bukanlah daripada model yang terkini, ia masih lagi boleh dianggap masih sesuai untuk memacu sistem audio yang ekstrem seperti apa yang bakal dibina.

Bagi menala bunyi yang dihasilkan oleh pemain utama tadi, installer telah menggunakan seunit pre-amp Stellar yang mempunyai fungsi kawalan equalizer 7 saluran. Pre-amp ini disorok dari pandangan dan ia adalah teman sejati installer audio kereta ini bagi mendapatkan hasil bunyi yang diingini. Dari sini, frekuensi bunyi dipecahkan kepada seunit amplifier Stellar dengan 4 saluran bunyi yang digunakan bagi memecahkan frekuensi bunyi tinggi dan sederhana.

Sebuah sistem SPL juga memerlukan speaker mid bass dan tweeter bagi menghasilkan reproduksi bunyi yang seimbang. Installer telah membina perumah khas yang mengambil sepenuhnya ruang but belakang bagi meletakkan speaker yang bakal digunakan. Keempat-empat saluran kuasa dari amplifier tadi digunakan untuk menghentam empat unit speaker mid Stellar yang masing-masing bersaiz 6.5”, disusun menghala ke arah luar.

Dua unit tweeter jenis Titanium Super Bullet dari Stellar turut dipasang pada perumah custom tersebut bagi mereproduksi semula bunyi dari frekuensi tinggi. Tweeter ini juga mendapat kuasa daripada amplifier 4 saluran tadi dan ditala oleh pre-amp yang disebutkan awal tadi untuk penghasilan bunyi frekuensi tinggi yang terbaik.

Untuk cesi kecil seperti Kancil ini, installer tidak boleh menggunakan terlalu banyak woofer akibat kekangan ruang. Bagaimanapun, ruang yang lebih kecil jika dipadankan dengan woofer akan menghasilkan bunyi bass yang kuat dan padu oleh kerana kereta ini bertindak sebagai kotak bass reflex semulajadi.

Installer untuk sistem audio Kancil ini memilih dua unit woofer 12” buatan Stellar yang turut berkongsi ruang pada perumah custom yang dihasilkan untuk mid bass dan tweeter tadi. Woofer berkenaan disusun secara selari dengan konnya dihalakan ke arah luar kenderaan bagi memastikan bunyi bass yang dihasilkan mampu menaikkan jarum dB ke jarum yang tertinggi.

Kuasa yang diperlukan oleh woofer tadi diberi oleh seunit amplifier jenis monoblock dari Stellar yang dikawal talaan bunyinya daripada pre-amp yang disebut awal tadi. Kombinasi kesemua speaker-speaker tadi telah memberikan bunyi yang cukup berkuasa tinggi, sesuai dengan sifatnya sebagai sistem audio SPL sejati.

Selain daripada aksesori audio, perumah custom di ruang but Kancil ini juga menempatkan empat unit monitor TFT yang digunakan untuk memberi penonton hiburan secara visual selain daripada menikmati bunyi audio yang menggegarkan dada.

Tak lengkap sebuah kereta pertandingan audio jika ia tidak disolek terlebih dahulu. Kancil ini dipasang dengan bodykit rekaan custom sebelum dicat dengan warna biru. Rim dari jenama Vossen dipilih bagi memberikan profil yang lebih sporty. Bahagian dalaman Kancil ini dihiasi dengan papan pemuka asli Mira L500 manakala panel pintu dibalut semula dengan fabrik bermotif harimau belang. Kesemua tempat duduk asal pula dibalut dengan PVC dengan kombinasi warna oren dan hitam yang memberikan kontras daripada warna biru yang digunakan di bahagian luar kereta kompak ini.

Amat mengagumkan Kancil ini mampu digunakan untuk tujuan pertandingan audio jenis SPL dengan hanya menggunakan ruang but belakangnya yang kecil. Seperti yang diberitahu awal tadi, di sinilah kepakaran installer boleh mengatasi kekangan ruang bagi menghasilkan sistem audio yang diingini.

Previous Post

Kereta-kereta Retro Gegarkan Bukit Merah Laketown Resort

Next Post

Kembalikan Kegemilangan K-Car

Next Post

Kembalikan Kegemilangan K-Car

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved