Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Bass Padu Gerobok Audio Bergerak!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-09-22
in SHOW OFF, UTAMA
0


Menjadikan kereta kompak khususnya keluaran jenama Perodua seperti Kancil sebagai demo mewakili jenama audio bukanlah satu perkara yang asing. Malah kekerapan penggunaannya sedikit sebanyak membuatkan bukan sahaja orang ramai melihatnya jemu kerana jujurnya, saya sebagai individu yang terlibat secara terus dengan dunia audio kereta juga rasa bosan dijamukan kereta yang sama! Setiap kali melihat kereta ini, sudah dapat menjangka corak pembinaan yang sama dengan kereta-kereta sebelumnya sekali gus menghadkan daya kreativiti serta imaginasi.

Mungkin tidak ramai bersetuju tetapi pendapat peribadi saya, pemilihan kereta untuk dijadikan sebagai demo turut memainkan peranan penting. Tambahan pula, E Ultimate Audio yang melengkapi sistem audio Kancil ini merupakan jenama baru di pasaran Malaysia. Dipasarkan oleh E Bass Audio, ia bolehlah dikatakan satu tindakan berani mati kerana memberikan kepercayaan kepada sebuah kereta kompak untuk memperlihatkan atau lebih tepat lagi, memperdengarkan kehebatan kuasa sebenar yang dapat dihasilkan gerombolan aksesori audio E Ultimate Audio ini.

Namun demikian, ia tidak mustahil sekiranya kekurangan ini berjaya ditutup dengan aksi audio yang cemerlang. Ini terserah kepada pemasang yang bertanggungjawab menonjolkan sisi hebat sang Kancil. Dimulakan dengan pemain utama dari Pioneer, pemasang tahu menggunakan kelebihan dibawakan Pioneer di setiap pemain utama keluarannya dalam membaca format audio. Licin, halus dan tepat. Isyarat diproses dengan bacaan tepat tadi, diserahkan pula kepada dua unit bantuan pemain utama; pre-amp E Ultimate Audio UTM-500.

Kenapa unit bantuan? Mudah sahaja, kerana penggunaan pre-amp (seperti yang pernah dibincangkan berulang kali dahulu) merupakan pilihan sama ada untuk menggunakan ataupun tidak dalam sesebuah sistem audio. Logiknya, sekiranya penambahan pre-amp ini mampu menambahbaikan lagi kualiti, tiada salahnya digunakan. Maklumlah, Kancil ini pun dibina dengan tujuan sebagai kereta demo dan wang bukanlah sesuatu yang perlu diambil kira yang penting objektif asal dapat dicapai; membina sistem audio yang benar-benar hebat!

Tiada apa dapat diceritakan di bahagian dalaman Kancil kerana kesemua aksesori audio dipasangkan hanya di bahagian belakang. Pemasang memberikan segala tumpuan di bahagian ini untuk menarik perhatian dengan mengumpulkan kekuatan setiap produk E Ultimate Audio di satu lokasi yang tepat. Hmm, alasan yang diberikan boleh diterima kerana seperti yang dikatakan, himpunan aksesori audio ini memang menghasilkan bunyi yang sangat kuat bersesuaian dengan sistem talaan SPL. Bergegar tapak kaki sebaik sahaja sistem audio dihidupkan dan bermulanya di sini, kekurangan tadi berjaya ditutup dengan kekuatan ditonjolkan gugusan audio yang mengegarkan.

Baiklah, menyambung semula perjalanan sistem audio ini. Isyarat yang dihantar kepada dua unit pre-amp tadi membentuk dua laluan di mana laluan pertama khusus untuk woofer dan kedua pula untuk speaker yang terdiri dari mid bass dan juga tweeter. Manakala sebanyak 7 unit amplifier digunakan untuk memacu woofer dan speaker; 4 unit amplifier monoblock E Ultimate Audio EU-1500.1D dan amplifier 4 channel E Ultimate Audio EU-108.4. Ya, anda tidak dapat mengenalpasti amplifier ini kerana pemasang telah menanggalkan penutupnya sebelum memasang di dalam perumah khas. Hasilnya? Nampak unik dan serasi dengan pemakaian warna putih di dinding ruang letak barang ini.

Keunikan Kancil diteruskan lagi dengan pembinaan bahagian audio yang terdiri dari 8 unit woofer 12” E Ultimate Audio UTM-W122, dipasangkan secara konvensional dan sebaris ia kelihatan sangat kemas. Lubang ruang udara turut bina untuk membenarkan kesemua woofer ini dapat beraksi pada kuasa yang paling maksima. Percayalah, kemantapan bass dapat didengar jelas apabila sistem audio ini dihidupkan.

Mengiringi kelapan-lapan woofer ini pula adalah barisan speaker yang terdiri dari 8 unit mid bass 6”, 4 unit tweeter E Ultimate Audio UTM-28 berserta 2 unit bullet tweeter titanium. Setiap 4 unit mid bass 6” dipacukan oleh seunit amplifier 4 channel E Ultimate EU-108.4 dan seunit amplifier 4 channel lagi digunakan untuk memacu barisan tweeter; 4 unit tweeter UTM-28 dan 2 unit bullet tweeter titanium. Kesemua paduan speaker ini memberikan keseimbangan terhadap kemantapan bass yang datang dari woofer tadi.

Menariknya untuk bahagian speaker ini; ia ditanamkan dalam perumah khas yang dibina pada boot-lid mirip sebuah rak 3 tingkat. Bagi mewujudkan bunyi yang serata, 2 tingkat dipadatkan dengan 4 unit mid bass dan tingkat teratas pula diduduki 4 unit tweeter. Penggunaan 2 bullet tweeter yang bertujuan untuk melengkapkan bunyi sedia ada disepadankan di kedudukan yang strategik; tepi dinding bonet.

Tentu anda dapat menjangkakan betapa beratnya sistem audio dipikul sang Kancil sehingga memerlukan seunit kayu panjang untuk menongkat demi memastikan boot-lid ini tidak jatuh semasa sistem audio rancak dimainkan. Kekurangan yang sangat dibimbangkan di awal tadi sudah tidak kelihatan kerana berjaya ditampung kecemerlangan audio bunyi bersepadu E Ultimate Audio.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi

Previous Post

Kekalkan Pemain OEM, Forte Ini Tetap Menang!

Next Post

Malaysian Day Drive Kelab Kereta Toyota Utara

Next Post

Malaysian Day Drive Kelab Kereta Toyota Utara

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved