Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Automechanika 2019

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in BULETIN, UTAMA
0

Pameran automotif terbesar di rantau Asia, Automechanika telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 21 Mac hingga 23 Mac lalu. Penganjuran edisi ke-11 ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan melibatkan penyertaan para pempamer yang datang dari seluruh pelusuk dunia, termasuk yang baru menjinakkan diri dalam industri ini. Dianjurkan bertujuan untuk menjadi sebuah platform yang menyediakan sumber, latihan dan hiburan, Automechanika memberi ruang interaksi secara langsung di antara pengunjung dan para pempamer yang terlibat dalam sektor kenderaan komersial, industri teknologi dan gaya hidup automotif.

Dianjurkan dengan kerjasama di antara Messe Frankfurt, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii), pameran ini dirasmikan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 21 Mac lalu. Menurut beliau, rakyat Malaysia wajar menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang automotif dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Bersesuaian dengan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Wan Latiff Wan Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari. Disertai lebih 300 pempamer dari 18 buah negara seluruh dunia antaranya China, Asia Barat, Korea Selatan, Eropah, Singapura, Taiwan dan Thailand. Dianggarkan kira-kira 8,000 orang pengunjung telah mengunjungi pameran dengan mengambil kesempatan sempena cuti hujung minggu.

Selain pameran, pelbagai aktiviti lain turut disediakan sepanjang penganjuran Automechanika ini seperti bengkel latihan, EMMA Malaysia Final (pertandingan modifikasi dan audio kereta), pelancaran kerjasama strategik di antara jenama Launch dan Vanli, IoT Zone (internet of things) zon terbaharu yang mengetengahkan aplikasi dan teknologi dalam industri global, Truck Zone, Auto NITZ Party dan bengkel latihan Autotronics.

Previous Post

IROAD X9

Next Post

Archive : The Extreme Adams

Next Post

Archive : The Extreme Adams

CAPAIAN

  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved