Sudah menjadi kebiasaan setiap kali menjelang tahun baru, pelbagai program dan aktiviti diadakan bagi menyambut kedatangan tahun baru yang diraikan dengan gilang-gemilang. Begitu juga dengan tahun ini yang menyaksikan tahun baru disambut dengan cukup meriah.

Pada malam tahun baru yang lalu, telah diadakan sebuah program Audioshow dan barbeku anjuran Sungai Petani Audio Club (SPAC). Acara yang menjadi kewajipan ini diadakan di TF Value Mart Sungai Petani. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara Anuar dan Puan Safinah yang memberi tempat untuk penganjuran Audioshow ini.

Bagi memeriahkan lagi sambutan di ambang tahun baru 2020 ini, turut dijemput ialah kelab Prosank, Geng Kereta Lama Sp Fang Seng Gurun dan Faiz Audio. Acara dimulakan pada pukul 8.00 malam dengan berbarbeku yang disumbangkan oleh ahli-ahli SPAC serta bos UTI Audio.

Sebanyak 40 buah kereta telah menyertai program sambutan ambang tahun baru 2020 ini. Pelbagai gelagat para peserta yang dapat dilihat dan tidak kurang juga dengan semangat ukhwah yang terjalin di antara para peserta. Kemeriahan bermain audio sambil mengira detik kedatangan tahun baru ini berakhir sejurus selepas pukul 12.00 tengah malam.
Perkongsian oleh : Azhar Taib (Pak Art)











