Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Suria Prototype 2

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Siapa menduga, minat terhadap modifikasi kereta yang bermula sebagai hobi di waktu lapang mendorong Mohd Khairun Hissham terus aktif bukan sahaja dalam autoshow malah turut melibatkan diri dalam aktiviti audioshow. Khairun bukan satu-satunya pencinta tegar modifikasi kereta yang terjebak dengan dunia audioshow. Malah, sudah kerap kita mendengar cerita yang hampir sama. Awalnya hanya sekadar melihat teman-teman bermain audio, kemudian cuba-cuba mengubah sistem audio untuk kepuasan sendiri dan akhirnya, aktif bermain audio sehingga setiap pertandingan pasti disertai.

Berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani dan bertugas sebagai foreman, beliau menzahirkan kecintaan serta minat terhadap audio dengan melakukan modifikasi dan pemasangan sistem audio pada kereta Naza Suria miliknya. Kereta Suria keluaran 2008 ini tampil menarik dengan tema Prototype 2. Mungkin ramai yang terpinga-pinga kerana tak faham apakah itu Prototype? Jika benar, anda bukan kaki gamer. Seperti K-Pop, kaki gamer juga ada pengikut dan kumpulan tersendiri. Prototype 2 merupakan kesinambungan Prototype yang dibangunkan studio Kanada, Radical Entertainment dan diterbitkan oleh Activision.

Bukan sekadar penampilan pelekat Prototype 2 hasil kerja Tom’s Stickers menarik perhatian, malah kemasan lain pada luarannya mampu membuatkan ramai menoleh seperti rim tayar putih dari Work Wheels yang sepadan dengan pelekat. Ditambah pula dengan sistem audio yang mantap, sudah pasti Suria Prototype 2 milik Khairun ini menjadi perhatian bukan sahaja di tapak pertandingan tetapi ke mana sahaja ia berhenti. Kalau takpun, ramai yang berani pandang dari jauh sahaja sebab segan nak datang dekat. Itu baru sahaja di bahagian luar, bagaimana pula keadaan dalamnya? Adakah sama atau lebih menyerlah dan menyeronokkan?

Tidak melampau kalau saya katakan, hiasan dalamannya agak kemas dan merupakan padanan yang sesuai dengan gabungan warna jingga, merah dan hitam. Bagi memuatkan perkakas audio, kerusi penumpang di bahagian belakang telah dicabut dan digantikan dengan perumah yang menempatkan barisan woofer dan amplifier. Pemasangan begini boleh dikategorikan sebagai serius dan bukan sekadar suka-suka. Lihat sahaja kedudukan speaker yang diletakkan di bahagian depan dan belakang, sudah cukup memberikan bunyi yang kuat dan mantap. Segala kelengkapan audio sengaja dipasangkan di bahagian dalam untuk mendapatkan bunyi yang diinginkan.

Bagi merealisasikan sistem audio yang diidamkan, Khairun telah menghantar keretanya untuk menjalani kerja-kerja modifikasi kepada UTI Audio, pemasang audio yang bukan calang-calang. Sistem audio Suria Prototype 2 ini dimulakan dengan pemain audio dari Sony CDX-G1201U, menggantikan pemain audio stok. Seterusnya, format media yang telah dibaca di pemain audio disalurkan pula kepada 2 unit pre-amp 7 band dari US Cushing dan Epsilon. Unit pertama pre-amp ini adalah untuk barisan woofer dan unit kedua pula untuk barisan speaker. Sebelum itu, isyarat dari pre-amp laluan pertama disalurkan kepada 2 unit amplifier 4 channel. Setiap satu amplifier ini mempunyai tugas yang berbeza. Unit pertama memacu sebanyak 4 unit mid bass Kenwood dan 4 unit tweeter Kingdom. Unit amplifier 4 channel yang kedua pula bertanggungjawab memacu sebanyak 6 unit tweeter.

Sebagai penutup sistem audio kepada kereta Suria Prototype 2 ini, seunit amplifier monoblock telah digunakan untuk menguasakan dua unit woofer DZ Power yang diletakkan dalam perumah khas di bahagian tempat duduk penumpang seperti disebut awal tadi. Biarpun kecil dan nampak comel, tetapi bunyi yang dihasilkan cukup ganas dan paling penting, mantap. Ada lagi kaki gamer yang juga peminat audio nak kongsi sistem audio dengan Kar HiFi?

Previous Post

Majlis Pelancaran Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan 2019

Next Post

Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia

Next Post

Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved