Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Rush Hertz, Rave4Life

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kita tidak boleh nafikan bahawa sistem audio aftermarket kenderaan sampai ke zaman suramnya. Perit untuk diterima tetapi bagi peniaga-peniaga yang terlibat dalam industri ini merasa kesan jualan yang tidak berkembang saban tahun. Bisnes menjadi semakin payah bila keadaan ekonomi tidak bagus, harga barang keperluan yang semakin meningkat serta berkurangnya kuasa membeli di kalangan pengguna-pengguna berpendapatan sederhana.

Beban ditambah lagi dengan konsep pengeluaran kereta moden yang kini menghasilkan pemain jenis binadalam (built-in) pada kereta mereka. Satu masa dulu, keluar sahaja kereta dari bilik pameran, benda pertama yang dibuat ialah memasang lapisan tinted cermin, menukar nombor plat dan memasang pemain CD. Tapi bila semuanya dah disediakan pengeluar, nak buat apa lagi?

Sebab itu juga kalau kita lihat kebelakangan ini, banyak kereta lama sahaja yang menerima pengubahsuaian audio yang ekstensif. Kerja penambahbaikan ini pula lebih menjurus kepada sentuhan seni. Kalau dulu pemain utama, amplifier dan speaker merupakan senarai wajib, sekarang pula musim membuat trim, hiasan dalaman dan kerja upholstery yang menyeluruh.

Kunjungan ke pusat aksesori di Petaling Jaya beberapa minggu lalu menemukan kami dengan sebuah Rav4 yang agak unik rekaannya. Dari luar, kenderaan SUV ini telah diwarnakan semula dengan tona oren dan biru membalut jalur bawah. Satu set sport rim 17 inci Work dipasangkan untuk melengkapkan pakej.

Apabila pintu belakang SUV ini dibuka, tersergam indah susunan trim dan audio yang kemas. Kerja menyiapkan projek Rav4 ini mengambil masa hampir 2 bulan dengan 3 orang pakar bekerja 8 jam sehari. Rekaan dan konsep dibuat sendiri dengan menjadikan asas kerusi belakang pemasangan tunggal. Kemudian, lelangit bumbung, pelantar tepi dan kekotak perumah audio dibina untuk memuatkan setiap unit peralatan audio yang dipilih.

Sistem kereta ini bermula dengan seunit pemain DVD tunggal AVH-1450DVD dari Pioneer. Mengekstrak bunyi dan visual kepada dua unit monitor TFT yang dipasangkan pada perehat kepala di kedua-dua kerusi depan dan seunit lagi monitor pelekap siling. Aliran audio pula diproses seunit amplifier 4 channel HCP4 dari Hertz. Amplifier ini bertanggungjawab memacu 4 unit set komponen yang dipasangkan di bahagian kargo dan juga set-up hadapan. Komponen set yang dipilih ialah set Hertz ESK165.5.

Sebuah kotak custom direka di belakang penyandar kerusi belakang. Ia memuatkan seunit woofer 12” Hertz DS300.3 yang diletakkan betul-betul di posisi tengah kawasan ‘hiasan’. Dari jauh, kemasan salutan dan penggunaan lampu LED memberi ilusi peralatan audio yang ekstensif, padahal, ia sekadar sebuah sistem SQ asas yang hampir sesiapa sahaja mampu untuk memilikinya.

Cara pembinaan semula bahagian-bahagian vinyl di belakang ini melibatkan penggunaan bahan yang sama warna. PVC kelabu diguna untuk membuat kotak perspek, lampu LED, pelantar perehat tangan dan penutup tailgate pintu belakang. Untuk menambahkan efek yang lebih menarik, LED dengan corak warna oren ditanam di bahagian dalam perspex, logo pembuat dijadikan hiasan untuk keseluruhan hiasan tadi.

Walaupun Rav4 model pertama ini sudah boleh dianggap ‘tua’ dari segi usia, ia kembali berjiwa muda dengan corak pengubahsuaian yang kemas dan tak keterlaluan. Penggunaan warna, tema dan kemasan yang betul berupaya mengubah sebuah SUV yang bosan menjadi sebuah kenderaan hujung minggu yang seronok dipandu (sambil bergaya ditapak pertandingan audio semestinya!)

Previous Post

Archive : Meet The Iron Lady

Next Post

Autoshow @ Kedah International Bike Week 2019

Next Post

Autoshow @ Kedah International Bike Week 2019

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved