Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Meet The Iron Lady

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dominasi lelaki dalam dunia sukan permotoran memang tidak dapat disangkal lagi. Bagi menembusi dunia yang didominasi oleh kaum Adam ini, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ditambah pula dunia yang ingin dimasuki itu sememangnya kelihatan berat dari mata kasar. Namun begitu, seperti yang pernah dinyatakan awal-awal dahulu, sukar tidak bermakna ianya sesuatu yang mustahil. Ambil sahaja wanita besi kak Dinasor ini sebagai contoh. Kak Dinasor?Ikutkan bunyi, gerun mendengarnya. Tapi kalau melihat ejaan, tak mungkin ia merujuk kepada raksasa (dinosaur). Mungkin juga. Bukankah dia antara wanita yang tampil berani dalam dunia yang majoritinya lelaki? Dinasor, itulah nama diberikan kepada seorang pecinta ICE wanita, Tan Bee Eng. Tak seronok rasanya kalau tidak tahu rahsia di sebalik nama itu. Bila ditanya, beliau menjelaskan nama itu gelaran yang dipanggil teman sepermainan di dunia siber. ICE dia minat, permainan siber pun dia layan. Memang mantap!

Mantap tak mantapnya kak Dinasor ini dapat dilihat dari cara beliau menterjemah kecintaannya terhadap ICE ke atas kereta Latio kesayangannya. Apa? Nampak biasa dan membosankan. Tunggu dulu. Jangan pandang sebelah mata dan bukan juga pandang guna mata hati. Sebaliknya, nikmati suara yang dihasilkan sistem audio kereta ini. Jangan tipikal menghukum sesuatu hanya dengan melihat luaran. Aduhai. Itulah kelemahan manusia, suka menghukum dari luar hingga menafikan nilai sebenar yang tersembunyi di dalam. Oh maaf, beremosi pula.

Sepertimana yang pernah dijelaskan dalam edisi-edisi Kar HiFi lalu, kaedah mudah untuk mengetahui talaan sistem ICE adalah menerusi sentuhan eksterior. Lazimnya, eksterior berat dipakaikan ke atas kereta dengan sistem talaan SPL. Tentu anda boleh meneka sistem talaan yang dipakai kereta Latio ini. Ya, jawapan anda tepat. Sememangnya sistem talaan SQ yang dipakaikan ke atas kereta ini. Namun, ada juga pemilik kereta talaan SPL yang tidak gemar eksterior ekstrem. Itu terpulang kepada pilihan hati masing-masing.

Agak melampau kalau sistem SQ Latio ini dianggap sempurna, sebaliknya cukup memadai kalau ia dikatakan lengkap. Bermula dengan pemain utama jenama Alpine CD CDA-9887R dan digandingkan bersama pemproses Alpine PXA-H701. Tentu ramai maklum dengan prestasi pemproses ini yang dikenali sebagai ‘ibu’ segala pemproses. Bukan tipikal sebaliknya dari sudut teknikal pemproses ini mempunyai 2 channel hadapan, belakang, tengah dan sub yang mampu merangsang channel pusat walaupun salah satunya tidak berfungsi. Pemproses ini bukan sahaja memberikan keenakan alunan muzik, ia juga memainkan setiap perincian instrumen muzik dengan amat jelas.

Meneruskan kecemerlangan yang dijentik dua aksesori tadi, kak Dinasor menerusi installer yang bertanggungjawab memasang sistem ICE ini, Option Sound memilih penggunaan amplifier secara minima (seperti yang ada pada kebanyakan sistem SQ lain). Satu unit amplifier 4 channel Genesis Profile Four Ultra dan satu unit amplifier monoblock Pegasus Digital Series PGA 15001D. Bukankah tadi sudah dikatakan sistem SQ ini lengkap? Atau perlu diperjelaskan kenapa ianya lengkap? Senang. Lihat saja pada 2 jenama amplifier yang digunakan, tentu ramai sudah tahu prestasi yang dibawakan dua nama besar ini, Genesis dan Pegasus.

Amplifier 4 channel Genesis ini digunakan untuk memacu barisan speaker yang terdiri daripada 2 unit speaker dan juga 2 unit tweeter jenama Micro Precision 5-Series. Sistem SQ yang dipasangkan pada kereta Latio ini merupakan sistem 2 way. Setiap satu unit speaker tadi dipasangkan di kiri dan kanan panel pintu. Manakala 2 unit tweeter pula dipasangkan di A pillar supaya bunyi yang terhasil dapat dialunkan secara terus ke telinga pendengar. Ingat, setiap pemasangan sistem ICE yang baik memerlukan perancangan dan pengiraan yang tepat. Kalau salah, kecacatan akan jelas kedengaran dan tahap kepuasan mendengar tidak akan tercapai. Pakai jenama hebat mana sekalipun, tidak akan dapat membantu!

Bagi menutup sistem ICE yang dikatakan lengkap ini, seunit woofer 12” Pegasus telah digunakan. Woofer Pegasus PG30P2 ini memberikan keseimbangan bass untuk melengkapi sistem 2 way yang telah dipasangkan di bahagian dalam kereta. Kemantapan bunyi bass yang dihasilkan tidak sama seperti hentaman yang dihasilkan sistem talaan SPL. Dalam ayat yang lebih mudah, bunyinya yang sedang-sedang saja dan sedap telinga mendengar. Bagi memacu woofer ini, seunit amplifier yang masih tertinggal telah digunakan, amplifier Pegasus Digital Series PGA 15001D.

Rasanya tidak lengkap teks ini berakhir tanpa menyentuh tentang interior dan eksterior. Secara jujurnya, hiasan yang ringkas sebegini membuatkan orang seperti saya mahu tinggal lebih lama dalam kereta sambil mendengar alunan irama yang indah. Satu bahagian yang menarik perhatian ialah tempat persemadian barisan amplifier dan seunit woofer. Susunannya kemas disimbahi warna biru, menaikkan aura romantika. Ruang yang ditinggalkan cukup luas, mudah untuk kak Dinasor mengembara dan tenang di sepanjang perjalanan. Bahagian luarnya pula tidak menjadi satu masalah besar. Layangan segaris warna merah sudah cukup membuat satu ‘statement’ tegas untuk mengatakan kereta ini, jangan dipandang sepi.

Bercakap tentang eksterior, teringat pula kepada seseorang tentang prinsip menarik yang dipegangnya. “Biar kalah di luar tapi menang di dalam.” Kata-kata itu amat cocok dengan kereta Kak Dinasor ini. Dalam tempoh dua tahun sahaja, iaitu semenjak beliau memasang sistem ICE untuk pertama kali, sudah dua kemenangan besar berjaya diperolehinya. Untuk makluman, kak Dinasor dan Latio ini sentiasa ada di setiap pertandingan MACE, sama ada di Johor mahupun di sekitar Lembah Klang. Hebat!

Hmm… tidak tergugatkah abang-abang ICE melihat kereta Latio kak Dinasor ini ya?

Previous Post

Pameran kenderaan terbesar di ASEAN, Malaysia Autoshow 2019 bermula hari ini

Next Post

Archive : Rush Hertz, Rave4Life

Next Post

Archive : Rush Hertz, Rave4Life

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved