Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Rio SQ

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-05-14
in SHOW OFF, UTAMA
0

Menariknya tentang kereta dengan talaan SQ, ia kelihatan cantik tidak terusik atau tersentuh seakan baru sahaja diambil dari kilang. Bertambah istimewa apabila tuan punya pula rajin dalam menjaga penampilan keretanya. Berkilat tanpa sebarang habuk atau debu. Ya, itulah yang dapat dilihat pada kereta Kia Rio yang kemas dan segak.

Kepada para penggemar modifikasi kereta secara total, maaf Rio ini mungkin bukan makanan anda. Ianya dibina semata-mata untuk dipasangkan sistem audio dengan talaan SQ yang mana, ia lebih mementingkan kualiti audio dan bukannya penampilan. Jikalau adapun, ia mungkin perkara terakhir yang perlu difikirkan.

Tidak dinafikan, jarang kereta keluaran Kia khususnya Rio menjadi pilihan penggemar audio apatah lagi dilihat menghiasi majalah Kar HiFi untuk ruangan show off ini. Mungkin salah satu faktor yang membuatkan kurangnya penggunaan Rio sebagai kereta audio ekoran saiz dan ruang yang agak terhad. Berbanding kereta kompak lain yang popular di kalangan penggemar audio terutama sekali Myvi dan Kancil yang kerap dipasangkan sistem audio talaan SPL.

Rio yang sedang anda belek sekarang ini merupakan generasi ketiga yang mana generasi pertamanya mula dibina dan dikeluarkan Kia Motors sejak Ogos, 2000. Ianya dibina untuk menggantikan generasi pertama Pride; versi penjenamaan semula dari Ford Festiva dan Avella. Ianya mula diperkenalkan pada umum sempena Geneva Motor Show, 2010 dan semenjak itu, Rio telah menerima beberapa pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Baiklah, Rio yang menerima sentuhan cemerlang dari pusat pemasangan Success ini bukan sahaja memberikan kepuasan kepada pemiliknya, malah turut berjaya memenangi pertandingan anjuran MACE sedikit masa dahulu. Kemenangan dicatatkan dalam pertandingan sehebat MACE sekaligus menandakan kehebatan yang dibawa sistem audionya. Bukan pemasangan suka-suka tetapi ia bergerak ke arah yang lebih serius dan pastinya, tidak akan berhenti sekadar di peringkat ini sahaja.

Bagi mendapatkan sistem paduan audio yang cemerlang, installer telah memasang pemain Alpine IVA-W520E yang bertugas untuk membaca data media, seterusnya diproses dan dihantar kepada bahagian lain dalam sistem audio Rio ini. Ia kemudiannya dibantu oleh pemproses audio yang juga dari Alpine, PXA-800. Pemproses ini memang seringkali menjadi pilihan para installer dan juga penggemar audio kerana kecemerlangannya. Jadi, tidak hairanlah sistem audio yang dipikul Rio ini berjaya mencuit hati para juri malah setiap orang yang mendengarnya.

Sebagaimana kereta SQ lain, Rio ini juga dilengkapi dengan sistem talaan SQ 3 hala untuk memaksimumkan kualiti bunyi sebenar. Ini bertujuan untuk mewujudkan simfoni yang harmoni bak alunan okestra di dalam kereta. Bagi meneruskan keharmonian bunyi simfoni ini, installer memilih 4 unit amplifier dari The Punch, yang mana 3 darinya adalah amplifier 4 channel THC-854 dan seunit lagi merupakan amplifier monoblock The Punch THC-500.1. Setiap satu unit amplifier ini bertugas untuk memacu speaker yang berlainan atau dalam erti kata lain, setiap speaker mempunyai kuasa yang lebih dari mencukupi. Itu memang sudah cukup baik, bukan?

Di bahagian kabin hadapan, seunit hi mid speaker The Punch THC-HM3 telah dipasangkan di kedua-dua belah pillar A yang digandingkan dengan tweeter yang juga dari The Punch. Ini diikuti pula dengan seunit speaker Komponen 6” The Punch EF-650 yang dipasangkan di kedua-dua belah panel pintu. Pemasangan kesemua speaker ini mengambil kira posisi yang tepat agar bunyi yang dihasilkan dapat sampai ke telinga pemandu dan para penumpang dengan sehabis baik. Manakala, 3 unit amplifier 4 channel The Punch tadi digunakan untuk memacu setiap jenis speaker; speaker komponen 6”, hi mid speaker dan juga tweeter.

Melengkapkan sistem ini adalah seunit woofer 12” The Punch EF-120 yang dikuasakan seunit amplifier monoblock seperti disebut di awal tadi. Ditanam di bahagian ruang tempat letak barang, menjadikan ruang ini seperti tidak terusik dan boleh memuatkan barang-barang seperti biasa. Manakala, kesemua amplifier dan pemproses tadi dipasangkan di bahagian dinding yang kelihatan agak tersembunyi. Ruang ini tampil elegan dan indah apabila installer menggunakan gelas akrilik sebagai lantai dan dinding. Bersamanya, diiringi pula lampu LED sekaligus menghidupkan suasana dalam ruangan gelap ini.

Bukankah cantik gabungan interior dengan sistem SQ yang harmoni? Mungkin jika anda menaikinya sekali, pasti enggan meninggalkannya.

Previous Post

Throwback : Autoshow @ Ekspo Tani Johor

Next Post

Ultra Racing @ Karnival Auto City Juru 2019

Next Post

Ultra Racing @ Karnival Auto City Juru 2019

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved