Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Ranger Bewith memang Peewit

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-10-25
in SHOW OFF, UTAMA
0

Saya dah melihat kereta ini dari peringkat awal pemibikinannya tetapi sesi fotografi terpaksa ditangguhkan kerana kereta ini tidak pernah siap seperti yang dijadualkan. Kesibukan menyiapkan kereta pelanggan menyebabkan Ranger yang dimiliki pihak QQQ ini tersimpan agak lama. Ia dibuat sedikit demi sedikit mengikut giliran.

Seperti yang saya ceritakan, Bewith adalah produk SQ buatan Jepun. Mungkin satu-satunya produk yang dikeluarkan negara matahari terbit itu yang mensasarkan kepada pasaran Sistem Audio Kualiti. Kita semua sedia maklum, jika melihat pada pasaran audio, produk Jepun akan diketepikan untuk bahagian speaker. Malah amplifier mereka juga jarang sekali digunakan. Pada padangan saya, ia bukan kerana kualitinya yang tidak bagus, cuma saingan dari produk Eropah adalah lebih konsisten. Ibarat membandingkan Mercedes Benz dengan Infiniti.

Sistem kereta ini lebih kompleks pembinaannya jika dibandingkan dengan Maserati Quatro Porte tempohari. Jika Mase mengekalkan profil standard pada setiap binaannya, Ranger ini pula cuba menonjolkan setiap apa yang dipasangkan. Realitinya, pengeluar Bewith telah datang ke Malaysia dan menemui sendiri pihak QQQ untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai produk dan juga teknik pemasangan yang betul.

Pemain kereta Pioneer yang terletak di konsol tengah itu bukanlah pemain utama. Sebaliknya ia dipasangkan dengan State MM-1D, pemain PCM yang mengeluarkan isyarat digital kepada sistem DAC tunggal yang dijalankan oleh pemproses Bewith. Bagaimanakan sistem ini berfungsi?

Ia berbeza dengan pemain biasa kerana secara fiziknya hanya seberat 468 gram. Ia berbentuk cermin pandang belakang yang diintegrasikan bersama pemproses media CF. Ia tidak menerima media selain Compact Flash yang biasanya digunakan pada kamera DSLR. Skrin ini dipasangkan pada cermin pandang belakang di mana resolusinya turut memaparkan interface digital dalam bentuk LCD yang cukup jelas. Sekali pandang ia tidak kelihatan seperti sebuah pemain media pun.

Pemain ini disambungkan kepada pemproses Bewith State. Pemproses ini merupakan penukar D/A (DA Converter) yang berkapasiti mengatur sehingga 192kHz. Ia adalah pemproses suara digital yang dibuat untuk mengurangkan ‘titik buta’ yang dialami pemproses digital biasa. Dalam kaedah penalaan, kita lazimnya menemui ‘blind spot’ bila mengalihkan frekuensi talaan dari mid, sub dan tweeter.

Seperkara yang menarik mengenai Bewith ialah saiz produknya yang hampir semuanya kecil dan ringan. Pemproses ini menyambungkan laluannya kepada 5 unit amplifier yang setiap satunya hanya sebesar 2 buah kotak rokok sahaja. Ya. Inilah Jepun bila semuanya tentang saiz dan praktikaliti. Bagaimanapun spesifikasi amplifier ini cukup menakjubkan (dan harganya juga!).

Setiap satu amplifier ini direka dengan hanya seberat 620 gram dengan keluaran kuasa 100watt RMS 1 saluran. Cukup tinggi kalau dibandingkan dengan saiznya. Lebih menarik, perumah amplifier ini mempunyai kelongsong sisi yang membolehkannya diintegrasikan bersama unit lain-membentuk satu gugusan amplifier yang kompak. Misalnya jika anda mahukan amplifier dua channel, pasangkan 2 unit amplifier Reference R-107S ini yang membentuk menjadi seunit amplifier 2 saluran 200watt RMS dan hanya seberat 1,240gram sahaja!

Kelima-lima amplifier ini menyusur laluan bebas kepada 5 unit speaker berbeza. Empat di hadapan ialah dua unit mid bass dan tweeter. Mid bass A130II ini agak unik kerana rekaan konnya berada pada satu sudut sahaja bermakna hanya ada satu sudut pemasangan. Ia dipasangkan dalam kekotak custom yang mempunyai rahsia pemasangannya tersendiri. Manakala tweeter A-50II pula dikekalkan dalam perumah asal dan walaupun kelihatan besar dengan saiz 5cm, berat tweeter ini hanyalah 150gram.

Woofer yang digunakan pada projek Ranger ini lebih ‘bermuslihat’. Kenderaan jenis pikap adalah model terakhir yang anda ingin gunakan untuk projek audio SQ kerana ruang woofer adalah masalah paling besar untuk diselesaikan. Tetapi, gabungan amplifier dan woofer yang baik mampu menghamburkan hampir 98 peratus potensi sebenarnya pada Ranger ini. Uniknya juga, woofer ini berdiameter 7” dan ia satu-satunya woofer yang dibuat oleh Bewith dalam rangkaiannya.

Projek kereta ini sebenarnya sangat berbeza daripada puluhan SQ yang pernah saya tulis. Ia benar-benar lain daripada yang lain. Bak kata orang, memang peewit-lah!

Previous Post

Malaysia International Automotive & Parts Expo 2019

Next Post

Killerbees Track Day 2019 (KTD19)

Next Post

Killerbees Track Day 2019 (KTD19)

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved