Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : DynaQuest Sound Monster

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-11-26
in SHOW OFF, UTAMA
0

Secara jujurnya, saya bukanlah seorang peminat audio SPL. Kebanyakan pameran dan pertandingan audio yang saya hadiri, tumpuan biasanya pada sistem SQ atau lebih tepatnya, inner/internal SQ. Secara jujurnya juga, saya tidak ada ‘hati’ langsung dengan SPL. Mungkin dalam keadaan sekarang, faktor tugas menjadikan kereta ini sebahagian dari dunia wajib sistem audio. Muzik yang terpilih untuk SPL dalam pameran sudah tentulah dari jenis techno dan R&B yang dirakam semula (remix). Malah kalau di pusat hiburan, saya lebih gemar memilih muzik R&B atau live band dengan format lagu asal.

Kenapa? Dalam dunia sebenar, SPL adalah berkenaan kuasa, anda tidak akan membina sistem sebegini dalam kereta seharian melainkan anda benar-benar seorang yang hardcore. Dalam banyak situasi, anda tidak akan buat sistem empat woofer hanya untuk suka-suka tanpa bertanding. Sama seperti modifikasi enjin 500 kuasa kuda, tapi kereta diparkir di garaj. Puas? Sudah tentu tidak.

SPL juga memerlukan teknologi untuk membinanya. Membina sistem ini pula bukanlah dari jenis ketuk papan, sambung, balut dan pasang sebanyak woofer yang mungkin. Kerana itu jugalah, nama-nama besar dalam industri kelihatan lebih ‘tenggelam’ namun realitinya, gandingan produk mereka boleh meletupkan sesebuah acara. JBL. Syarikat ini tunjang audio Amerika yang mana jika anda pernah menonton mana-mana dokumentari automotif Amerika, jika ada audio, pasti ada JBL (dan Alpine). Syarikat ini diasaskan oleh James Bullough Lansing. Saya tidak akan bercerita panjang tentang beliau, kerana anda tentu sahaja mahukan maklumat lebih daripada kereta ini. Lebih tepat, van yang tak ubah seperti sebuah ambulan.

Jika anda rasa siren ambulan cukup kuat, sekarang cuba lihat bagaimana Inokom ini dibina. Berapakah jumlah woofer yang anda rasa wajar untuk sebuah kenderaan demo? 10? 20? 30?Kereta milik IMS Distribution (M) Sdn Bhd ini dipasangkan dengan 36 unit woofer. Ini boleh dikira rekod terbaik untuk susunan sistem gergasi yang memerlukan banyak kuasa dan banyak kerja untuk menyiapkannya. Sewaktu foto ini dirakam, kereta ini baru sahaja siap fasa terakhir malah ujian kuasa juga masih belum dilakukan. Keseluruhan masa yang diambil untuk menyempurnakan sistem ini ialah 6 bulan.

Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, pemasangan SPL bukan sahaja berkenaan komponen pilihan, tetapi siapakah yang cukup profesional untuk memasangnya. Pihak IMS mendapat jawapan dan melantik New Sound Quest yang berpusat di Shah Alam. Tulang belakang di sebalik premis ini ialah Encik Kenny yang mana jika anda tidak kenalnya, nasihat saya lebih baik berdiam diri. Kenny adalah nama besar dalam industri audio Malaysia. Beliau merupakan individu berpengaruh dan juga antara orang yang sering dijemput dalam banyak pertandingan baik dalam mahupun luar negara. Walaupun kelihatan muda dari usia, pengalaman yang dimilikinya bukan sedikit. Bercerita perihal audio dengannya boleh bersambung seminggu tanpa henti!

Kenny diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menyiapkan projek kereta ini. Beliau juga diberi kebebasan dalam menetapkan profil pendawaian dan juga cetak biru pemasangan keseluruhan. Saya juga terkejut bila melihat unit pemain utama yang dipilih. P99RS? Mengapa memilih sistem aktif begini untuk SPL? Bukankah jelas ia satu pembaziran? Ia ibarat sebuah Kancil dengan enjin Ferrari.

Menurut Kenny, pemain ini walaupun dicipta untuk aktif, ia juga berperanan sebagai medium pembaca yang jelas. Bacaan digital dan pemproses Pioneer ini membolehkan ia ditala begitu sahaja. Maksudnya, sistem ini jenis berdikari tanpa sebarang pemproses luaran langsung. Tapi ada satu masalah yang dapat kita semua jangka dengan mengambilkira jumlah midbass, tweeter dan deretan subwoofer yang dipasangkan. Talaan.

Kenny kemudian tersenyum. Atau dengan maksud lain, hanya beliau sahaja yang arif dengan helah pemasangan yang dibuatnya.

Medium multimedia tambahan lain ialah sebuah pemain DVD dari Pioneer. Untuk hiburan dari sudut visual LCD Sansui 32 inci yang dipasangkan secara flip-up di bahagian belakang. Kalau diamati dari kertas diagram yang diberi, hanya itulah komponen asing yang digunakan. Tiada pemproses lain.

Gerombolan subwoofer 10 inci Dynaquest yang kelihatan di belakang Inokom ini berjumlah 28 unit semuanya. Ia mendapat kuasa daripada amplifier monoblock Dynaquest 1500 watt yang membabitkan pemasangan satu nisbah empat. Pendawaian untuk amplifier ini dibuat dengan teliti kerana masalah kepanasan bukanlah sesuatu yang asing untuk jumlah peralatan sebegini banyak. Silap haribulan litar pintas berlaku atau lebih teruk, kereta boleh terbakar. Jangan buat main!

28 subwoofer ternyata tidak cukup, jadi 8 lagi unit subwoofer 10 inci dipasangkan. Kali ini dari jenama JBL yang mendapat bekalan kuasa daripada power amplifier Dynaquest. Disebabkan soalan pertama saya kepada Kenny disambut dengan senyuman, saya pun tidak mahu teruskan soalan kenapa woofer JBL ini dikuasakan oleh amplifier 2 channel. Pada pengamatan biasa, jajaran kuasa dari pusat kepada woofer tentu sahaja tidak setanding monoblock.

Selesai sudah untuk gelombang rendah, bagi melengkapi sistem bunyi studio bergerak ini, sebanyak 24 unit midbass dan 8 unit horn tweeter turut dipasangkan. Di sini, laluan pendawaiannya lebih mudah difahami. Mereka menggunakan 4 unit amplifier 4 channel Dynaquest yang berkongsi keseluruhan senarai yang saya beri tadi. Setiap satu unit amplifier tersebut menghantar kuasa kepada 8 midbass dan tweeter.

Kereta ini walaupun nampak seperti tidak cukup sifat seperti sebuah demo car lain, ia memiliki jumlah proses watt yang bukan sedikit. Tanpa alternator tambahan, sudah tentu enjin perlu ditala ke 3000 rpm, kalau tidak alamatnya mati, atau setiap hari satu alternator diganti. Bagi tujuan tersebut, ia dipasangan dengan 5 buah alternator tambahan menjadikan 6 kesemuanya termasuk 10 buah bateri luaran. Memang lucu melihat talisawat alternator bersambung. Bergulung-gulung!

Saya terpaksa memuji kereta ini dari satu sudut. Bukan senang untuk membuat sebuah demo car begini dan tidak banyak syarikat yang berani melabur terhadap sesuatu yang agak berisiko. Ketika mengakhiri bicara, Kenny turut berkongsi maklumat penting, walapun kereta ini sarat dengan gugusan peralatan, kosnya tidaklah mahal seperti yang disangka.

SONY DSC
Previous Post

Pertandingan Bowling Tertutup Jiwa Motorsports 2019

Next Post

Amplifier siri Silver dari Mohawk

Next Post

Amplifier siri Silver dari Mohawk

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved