Bila bercerita tentang kelengkapan dalam sistem audio, salah satu perkara paling penting selain pemain utama adalah amplifier. Ia merupakan kelengkapan elektronik yang memperhebatkan atau memperbesarkan isyarat bunyi kecil agar menjadi output elektrik lebih bertenaga untuk memacu speaker. Penambahan atau penggunaan amplifier dalam sistem audio memberikan bunyi yang lebih kuat, malah menghasilkan lebihan kuasa.
Kebanyakan pencinta audio khususnya yang benar-benar serius bermain audio sangat cerewet dalam memilih amplifier yang tepat untuk memastikan hasil akhir mampu memenuhi kehendak dan citarasa mendengar. Mohawk antara jenama yang menghasilkan barisan amplifier berkualiti dan boleh dikatakan popular di kalangan pencinta audio di Malaysia. Berikut adalah siri amplifier terbaru keluaran Mohawk yang sudah ada di pasaran.

Amplifier 2 Channel MS100.2
Spesifikasi
Kuasa Output @ 4 Ohm : 50W x 2
Kuasa Output @ 2 Ohm : 65W x 2
Respons Frekuensi : 10Hz~50kHz
Input Sensitiviti : 0.2~5.0V
Saiz (P x L x T) : 29.7 cm x 25.7 cm x 9.8 cm

Amplifier 4 Channel MS300.4
Spesifikasi
Kuasa Output @ 4 Ohm : 70W x 4
Kuasa Output @ 2 Ohm : 100W x 4
Respons Frekuensi : 10Hz~30kHz
Input Sensitiviti : 0.2~6.0V
Saiz (P x L x T) : 46.6 cm x 29.3 cm x 9.8 cm

Amplifier monoblock MS500.1
Spesifikasi
Kuasa Output @ 4 Ohm : 250W x 1
Kuasa Output @ 2 Ohm : 500W x 1
Respons Frekuensi : 10Hz~300Hz
Input Sensitiviti : 0.2~6.0V
Saiz (P x L x T) : 46.8 cm x 25.8 cm x 9.7 cm
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
New Technics Car Audio Sdn. Bhd.
No Tel : 03 – 5192 0911 / 0922
E-mel : [email protected]
Laman sesawang : www.mohawk.com.my
Facebook : www.facebook.com/MohawkCarAudio












