Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Acura Mosconi, The Editor’s Choice!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bukan mudah untuk memuaskan hati apatah lagi mengikut citarasa yang sentiasa berubah mengikut perkembangan terkini. Tiada pengukur untuk menetapkan aras ‘kesempurnaan’. Disebabkan itu, wujudnya pusat pemasangan untuk anda berkunjung dan modifikasi sistem audio dari masa ke masa. Lebih manis lagi apabila pusat pemasangan pilihan memberikan kepuasan yang dicari-cari. Salah satu pusat pemasangan ini adalah King’s Way Sound Garage dan Acura ini antara pelanggan setianya yang berpuas hati!

Ini dapat dibuktikan dengan hadirnya piala dimenangi pemiliknya ketika menyertai acara pertandingan audio terhebat, bukan sahaja untuk Malaysia atau Singapura sebaliknya Asia dan dunia. Jadi, ia bukanlah satu kemenangan kecil tetapi pencetus untuk siri kemenangan yang akan datang. Kemenangan ini sangat bermakna apabila ia diangkat sebagai kereta terbaik pilihan editor. Tahniah untuk juri kerana berjaya mengenalpasti yang terbaik dari yang terbaik.

Keistimewaan Acura ini berbanding kereta SQ lain, ia bersedia dengan modifikasi sederhana pada bahagian eksterior. Lazimnya, itu semua tidak pernah diambil pusing. Buang masa. Mereka menumpukan perhatian semata-mata kepada kualiti bunyi dan membelakangkan segi persembahan. Mempertaruhkan 3 jenama besar seperti Mosconi, Micro Precision, Audio System termasuklah pemain utama dari jenama pilihan ramai Pioneer, Acura ini merupakan satu pakej lengkap. Kalau dijual tentu harganya meningkat berlipat kali ganda.

Dimulakan Pioneer AVH-X8550BT, ia merupakan siri pemain Pioneer yang disuntik teknologi Mixtrax bagi menciptakan pustaka muzik di dalam kereta tanpa henti. Pemain ini dibantu pemproses bunyi digital Mosconi, DSP 6to8 bagi mendapatkan isyarat yang diperlukan dengan tepat sebelum diagihkan kepada 3 unit amplifier Mosconi dari siri Gladen; amplifier 1 channel AS-100.2, amplifier 2 channel AS-200.2 dan amplifier 4 channel AS-100.4.

Ketiga-tiga amplifier ini ditugaskan untuk memacu speaker berlainan. Amplifier 1 channel memacu 2 unit mid bass 6” Micro Precision 7.16 MKII, amplifier 2 channel untuk seunit woofer 10” Audio System HX10SQ dan amplifier 4 channel memacu 2 unit mid range Micro Precision dan unit tweeter Micro-Precision 7.28 MKII. Menepati talaan SQ 3-way, kesemua speaker dipasangkan di bahagian kabin hadapan. Di mana set mid range dan tweeter dipasangkan bersama di A pillar, manakala mid bass pula dipasangkan di bahagian panel pintu.

Keseragaman bunyi yang terhasil menunjukkan pemasangan staging yang tepat. Seunit woofer tadi ditanamkan di bahagian tempat duduk belakang tanpa mengorbankan keselesaan penumpang sekaligus mengekalkan keluasan. Barisan amplifier tadi digandingkan dengan kemas dan dipasangkan di bahagian bonet tanpa menyentuh lantai yang menempatkan tayar simpanan. Jadi anda faham sekarang, kenapa ia menjadi pilihan editor?

Previous Post

Antera Battle For The Best Show

Next Post

KW Autoshow Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 peringkat Majlis Perbandaran Kajang

Next Post

KW Autoshow Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 peringkat Majlis Perbandaran Kajang

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved