Aku Guna Naza atau AGN merupakan sebuah kelab yang terdiri dari berbilang kaum di Malaysia telah meraikan ulang tahunnya pada 27 dan 28 Julai lalu. Diadakan di Port Dickson di Negeri Sembilan, AGN yang lebih menumpukan kepada aktiviti kekeluargaan dan merapatkan ikatan silaturahim telah diasaskan oleh Che Ai @ Mohd Azhar ekoran permintaan dari para sahabat AGN sendiri. Selain itu, turut membantu adalah admin termasuk Mulya, NazShah,Lan Ujang AFQ AutoPart & Services, Apit@Mohd Hafiz, Ali Spider, Sophian Ezudean dan Norsaldi beserta AJK dan Urusetia.
Pada awalnya, AGN ini dimulakan di zon kawsan Titiwangsa dan juga Lembah Kelang. Kemudian, AGN kian berkembang dan bilangan ahli semakin bertambah. Ramai sahabat dan juga para pengguna Naza di seluruh Malaysia yang berminat menyertai Sahabat Komuniti AGN yang berpegang kepada moto Sahabat Tanpa Sempadan.
Selain berkongsi minat dan berbincang tentang masalah MPV ini, kelab AGN turut membantu sahabat untuk membaik pulih serta mendapatkan alat-alat ganti sama ada tulen mahupun yang terpakai. AGN mengalu-alukan semua pengguna Nazaria, Naza Carnival dan Naza Citra untuk menyertai AGN Komuniti Sahabat Tanpa Sempadan. Sekiranya berminat, anda boleh menghubungi admin dan urusetia mahupun di Facebook AGN.