Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

50 Unit Terhad Rai Kemenangan Le Mans 1995

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-23
in UTAMA
0

Selain penglibatan di dalam perlumbaan Formula Satu, McLaren turut terkenal dengan model berprestasi dan ikonik F1 yang dikeluarkan dari tahun 1992 hingga 1998. Hanya 106 buah McLaren F1 dikeluarkan dan terdiri daripada pelbagai varian seperti F1, F1 LM, F1 GT dan F1 GTR. Jumlah itu termasuk unit prototaip dan versi perlumbaan.

Satu sejarah menarik sepanjang penglibatan dalam perlumbaan apabila McLaren menjuarai Le Mans 24 Jam pada 18 Jun 1995. Menambah keterujaan apabila kejayaan itu dicapai pada penyertaan kali pertama bertanding. Jentera yang digunakan semasa memenangi Le Mans 1995 ialah McLaren F1 GTR #59 yang dipandu JJ Lehto, Yannick Dalmas and Masanori Sekiya.

Tiga lagi McLaren F1 GTR menghabiskan perlumbaan di tempat kelima teratas dan kejuaraan tersebut memahat nama McLaren sebagai pemenang Le Mans, F1 dan Indianapolis 500. 25 tahun selepas kemenangan dan bagi meraikan kejayaan sulung tersebut, McLaren memperkenalkan 720S Le Mans dengan pengeluaran dihadkan sebanyak 50 unit sahaja.

Di antara keunikan edisi terhad 720s Le Mans ialah nombor VIN setiap kereta dimulakan angka 298 iaitu jumlah pusingan F1 GTR semasa memenangi perlumbaan enduran tersebut. Setiap kereta juga akan membawa plat dengan logo McLaren 25 Anniversary Le Mans.

Berikut ialah ciri-ciri khas pada model 720s Le Mans:
Luaran
Pilihan dua skema warna McLaren Orange atau Sarthe Grey.
Warna Ueno Grey pada bahagian sisi bawah, bampar depan dan belakang.
Logo McLaren 25 anniversary Le Mans pada panel sisi bawah kereta
Liang udara bumbung warna hitam licau (gloss).
Fender depan dengan liang karbon.
Roda lima rongga LM mirip F1 GTR #59 dengan perkataan Le Mans.
Angkup brek warna emas.
Komponen badan kereta warna hitam licau.

Dalaman
Pilihan dua tema Alcantara® hitam dengan kemasan McLaren Orange atau Dove Grey.
Kerusi perlumbaan gentian karbon.
Perehat kepala kerusi dengan sulaman logo McLaren 25 anniversary Le Mans.
Tanda pada atas stereng mengikut warna kemasan dalaman.
Plat dengan logo McLaren 25 anniversary Le Mans.
Karpet lantai dengan logo McLaren 25 anniversary Le Mans.

McLaren turut memaklumkan liang pada bumbung mempunyai fungsi bagi mengalirkan udara untuk penyejukan tambahan rangkaian kuasa (powertrain) dan mendorong keluar haba terutama sekali semasa pemanduan di litar. Liang pada fender pula mengurangkan angkatan lif aerodinamik (aerodynamic lift) yang dihasilkan oleh putaran roda depan dan turut mengurangkan berat kereta. Menggerakkan 720S Le Mans ialah enjin M840T 4.0 liter V8 turbo berkembar dengan kuasa 720PS.

Enjin itu mampu memecut kereta dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 2.9 saat atau 0 hingga 200 km/j dalam 7.8 saat dengan kelajuan maksimum 341 km/j. Struktur kereta ini diperbuat daripada gentian karbon (Monocage II) dan bersama sistem suspensi Proactive Chassis Control II memastikan 720S paling ringan di dalam kelasnya selain dinamika pemanduan tersendiri.

Sama seperti McLaren 720S lain, pemilik boleh menyesuai unit istimewa ini berdasarkan pakej MSO Defined dan MSO Bespoke seperti kemasan licau pada cermin sisi dan beberapa komponen lain. Selain itu, pemilik juga boleh menambah palang titanium untuk tali keledar dan juga tali keledar enam sudut. Kepada yang sudah jatuh cinta, McLaren 720S Le Mans sudah boleh ditempah pada harga permulaan £254,500 (RM1,341,182) dengan penghantaran pertama dijadual pada September 2020.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Hebat Di Gelanggang, Selesa Untuk Yang Tersayang

Next Post

Ferrari Roma Ke Pasaran Malaysia

Next Post

Ferrari Roma Ke Pasaran Malaysia

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved