
Geng Warikh sekali lagi berjaya menganjurkan program derma darah yang berlangsung pada 5 Julai yang lalu. Program Derma Darah Geng Warikh yang diadakan kali keempat ini merupakan usahasama di antara Geng Warikh, Unit Tabung Darah Hospital Seremban dan juga Pasaraya Tesco Seremban Jaya.

Bagi makluman, program ini sepatutnya diadakan pada bulan April yang lalu tetapi ditangguhkan akibat wabak pandemik covid-19 serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP0). Walaupun ditunda, program ini tetap mendapat sambut serta berjaya melepasi sasaran penderma darah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Geng Warikh yang berkesempatan menderma darah dan turut hadir memberi sokongan. Tahniah juga diucapkan kepada barisan urusetia, ahli-ahli jawatan kuasa yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam memastikan agenda tahunan ini berjalan dengan lancar.






























