Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

SHIKAKU Style

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF
0

Pada tahun 1986, Daihatsu telah memperkenalkan versi Walk-Through Van dalam keluarga Mira generasi kedua. Ia sebuah kereta dengan panel badan khas, khusus untuk tujuan komersial dan mobiliti. Kerana penampilannya yang unik serta struktur percukaian kei-kar yang agak istimewa, ia berjaya menarik perhatian khususnya di kalangan peniaga kecil di negara Jepang.

Konsep rekaannya cukup mudah tapi praktikal. Ia membolehkan kita bergerak dari ruang depan ke belakang, tanpa perlu keluar dari kereta. Struktur binaannya yang tinggi itu juga antara ciri penting, untuk membolehkan kita berdiri dan melakukan kerja dengan selesa. Tu pasal bentuk luarnya tak simetri langsung!

Sejarah kewujudan kereta ini di Tanah Melayu pulak, masih samar-samar dan kurang meyakinkan. Ada kata dibawa masuk Perodua sebagai model konsep, untuk tujuan kajian dan pameran. Satu lagi citer cakap, ia dibawa masuk sebagai komponen gantian oleh tokey hafkat. Sebab tu ada beberapa bijik yang berjaya dikesan. Belum lagi kira yang dibawa masuk oleh pengimport menggunakan AP klasik secara sah.

Kuasa viral telah menemukan kita dengan kereta ini. Gambar sebelum dan selepas proses restorasinya, berjaya menarik perhatian netizen dalam tempoh yang singkat. Tapi gambar aje, citer pun takde. Dengan niat untuk didokumentasikan, gua mula pasang kaki untuk mengesan spesis spesel ini.

Kereta ini ditemui seorang rakan, yang melihatnya tersadai dalam kondisi agak menyedihkan. Bukan takat lumut dan karat, siap ada kesan kita bakor lagi. Ikut gaya macam takde harapan langsung. Tapi lepas dicadangkan kepada Iedol, ia telah ditarik ke Shikaku Garage untuk proses restorasi sepenuhnya.

Yang jadi masalah, ketiadaan komponen ganti yang sesuai. Kalau pesan sebijik dari hafkat, dah tentu lain citernya. Walaupun dengan sumber yang terhad, ia tetap berjaya dibina semula, hasil penggunaan komponen yang hampir sepadan.

Keseluruhan bahagian depan telah digantikan dengan komponen dari Mira L500 Classic. Siap ada kelopak mata lagi. Begitu juga dengan bumper belakangnya. Kedudukan lampu belakang yang dulunya terletak pada bumper, telah dialihkan ke sisi panel badan. Kerja-kerja kustom lain termasuklah binaan arch roda, rak pada bumbung, serta tangga di bahagian sisi.

Kereta ini tidak memiliki pintu di bahagian pemandu, tapi dibekalkan dengan pintu jenis lipat yang praktikal di ruang kiri dan belakang. Taklah tersadung orang bila berhenti di ruang sempit. Akibat kebakaran yang berlaku, sebahagian komponen pada pintu ini gagal diselamatkan dan perlu digantikan dengan komponen yang sesuai. Cermin pakai plastik perspex, getah pakai aftermarket, kunci pulak rembat yang rumah punya. Boleh gitu?

Perasan tak ada satu lubang pada dahi kereta nih? Itu memang asal dan ia bertindak sebagai lubang pengudaraan semasa musim sejuk. Satu lagi komponen yang masih dikekalkan adalah cermin sisi yang mana bentuknya memang besar sebelah. Untuk rupa lebih sado, keseluruhan ruang roda diisi rim krom Steelies sebelum diregangkan dengan tayar Silverstone dari saiz 175/50R-15. Sebagai penutup kepada proses restorasi luaran, ia telah dilayangkan dengan kaler mak kau ijau, yang turut mengandungi bintik-bintik glitter. Baru nampak mahal!

Belah dalam turut menerima perubahan secara total. Sebab lama terperam dalam kebun, hampir keseluruhan permukaan lantainya telah pun bobos terbolos. Mujur rangka asal masih lagi elok, dan ia telah dibina semula dengan kepingan logam. Untuk tujuan kemasan, ia kemudian dilapik lapisan kayu palet termasuk pada dindingnya.

Kereta ini hanya memiliki sebuah tempat duduk di bahagian pemandu serta tempat duduk lipat sebagai tambahan. Yang ni pun jahanam dan digantikan dengan kerusi bas. Begitu juga papan pemuka, stereng dan konsul gear yang kini menggunakan komponen dari Mira L200. Sesuai dengan tugasnya sebagai kereta berhias, keseluruhan ruang ini sengaja dibiar kosong tanpa sebarang periuk, kuali dan perkakasan dapur lain.

Sebagai pelengkap kepada proses naik tarafnya, enjin kabreta asal telah digantikan dengan siri EF-JL dari Mira L200. Baru ada power! Disebabkan ia tidak dibina untuk tujuan prestasi, tiada peningkatan dilakukan dan ia masih mengharapkan keupayaan kotak gear jenis automatik. Perasan tak besi bulat kat tepi badan tuh? Itulah ekzosnya dan sengaja dibina macam skirt sisi.

Di zaman trak makanan menjadi sesuatu yang menarik untuk diusahakan, penggunaan Mira Walk-Through Van seperti ini mungkin pilihan yang paling bijak. Selain lebih praktikal dan menjimatkan, ia turut memiliki faktor penarik yang boleh memukau pelanggan. Walaupun kau masak lagi hampeh dari van Vanette sebelah, orang masih lagi minat nak tengok apa kau jual…

Spesifikasi

Pemilik Shikaku Garage

Pengeluar Daihatsu

Model Mira L70V Walk-Through Van

Tahun 1989

Enjin asal EB 550cc

Modifikasi Enjin EF-JL 660cc Mira L200

Transmisi Automatik

Ekzos Kustom

Luaran Kit badan depan & bumper belakang Mira L500 Classic, lampu

belakang, arch roda, rak bumbung & tangga sisi kustom

Suspensi Mira L200

Brek Mira L200

Rim & Tayar Steelies krom 15-inci & Silverstone 175/50R-15

Dalaman Papan pemuka, stereng & konsul gear Mira L200, tempat duduk

bas, lantai & dinding kayu palet

Bengkel Shikaku Garage, Sungai Buloh

 

Previous Post

Kar Hifi #103

Next Post

Satria Kar HiFi

Next Post

Satria Kar HiFi

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved