Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Penghantaran Kenderaan Pandu Uji ke Rumah atau Pejabat dari SDAC-Ford

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-26
in BULETIN
0

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia terus memantapkan khidmat kepada pelanggannya dengan menyediakan pilihan Khidmat Pandu Uji Ford ke rumah atau pejabat.

Selepas ini, para pelanggan yang berhasrat memiliki kenderaan Ford berpeluang memandu uji kenderaan yang dihantar ke rumah tanpa perlu datang ke premis wakil penjual. Perkhidmatan ini adalah untuk lokasi dalam lingkungan jarak 10km dengan wakil pengedar terdekat. Untuk mengurus penghantaran pandu uji ini, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar terdekat, menghantar permohonan pandu uji secara dalam talian via laman web SDAC-Ford atau dengan menghantar pesanan kepada Jurujual Digital Ford di talian WhatsApp 019 204 1200.

“Pada waktu ini, kami faham bahawa para pelanggan mahukan khidmat tambahan yang memberi kemudahan. Untuk itu, kami menyediakan satu lagi pilihan dengan menghantar kenderaaan Ford yang ingin dipandu uji ke rumah atau pejabat pelanggan bagi membuktikan komitment kami dalam terus memantapkan sokongan dan khidmat kami kepada para pelanggan,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Langkah-langkah berwaspada akan diamalkan oleh perunding jualan semasa penghantaran kenderaan, termasuk memakai topeng muka, mencatat suhu badan, mensanitasi kenderaan yang diuji dan duduk di bahagian belakang kenderaan sebagai mematuhi peraturan penjarakan sosial.

“Bagi pelanggan yang memilih untuk terus ke premis wakil pengedar Ford, kami ingin meyakinkan mereka bahawa langkah-langkah perlu telah kami ambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka, Ini termasuk penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, meletak cecair sanitasi tangan di sekitar bilik pameran dan sanitasi yang dilakukan dengan kerap di bahagian-bahagian yang sering disentuh,” tambah Muzri.

Selain itu, untuk mendapatkan bantuan, para pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui chatbot laman web bagi membantu pengguna melayari laman web, talian Khidmat Pelanggan dan Bantuan Jalan Raya di 1300 38 3181 yang beroperasi sepanjang masa,

khidmat atas talian untuk temujanji servis dan membuat pertanyaan atau memberi maklum balas melalui laman web SDAC-Ford – dengan 3 pilihan bahasa – English, Bahasa Malaysia dan Mandarin.

Untuk mengakses laman web SDAC-Ford mesra peranti dengan pelbagai bahasa atau untuk menempah Khidmat Pandu Uji di rumah atau pejabat, sila layari www.sdacford.com.my.

Previous Post

Mazda 3; Sentuhan Audio Sebenar

Next Post

Latio Mercury Kualiti High-End

Next Post

Latio Mercury Kualiti High-End

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved