Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Yang Tenat Kembali Bernyawa, Yang Penting Ada Usaha!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-14
in SHOW OFF, UTAMA
0

Toyota Corolla LE mungkin bukan kereta paling sesuai untuk audio. Sebuah kereta lama mempunyai masalah ‘sound dampening’ yang kritikal kerana faktor usia. Tanpa pengubahsuaian yang betul, trunk lid boleh tercabut kerana gegaran woofer yang melampau. Namun jika satu masa nanti anda sudah ada sebuah kereta yang telah siap dengan enjin dan bodykit kemudian terfikir untuk membina sistem audio yang lebih hebat. Adakah anda akan membeli sebuah kereta lain semata-mata bagi tujuan tersebut?

Rasanya tidak. Gunakan sahaja kenderaan yang ada adalah lebih baik dan menjimatkan. Platform yang dapat dilihat ini adalah contoh pembinaan sistem audio pada sebuah kereta yang memiliki kelengkapan tersedia. Toyota Corolla LE keluaran tahun 1985 ini telah menerima set enjin 4AGE DOHC yang lebih berkuasa, bodykit yang menarik dan juga pakej pengendalian yang lengkap. Pemiliknya Amy tidak langsung terlintas di fikiran untuk bermain sistem audio secara serius sehinggalah beliau bertemu dengan kelompok yang menggilai dunia I.C.E.

Amy hanya berminat pada sistem yang sederhana. Namun setelah menilai semula pelaburannya, beliau membuat keputusan untuk membina secara serius dengan komponen audio yang lebih rumit untuk menghasilkan bunyi terbaik. Kunjungannya ke Power Sonic Car Audio telah memberikan beliau idea baru tentang apa yang boleh dibuat pada sebuah kereta. Mengubahsuainya menjadi sebuah pentas konsert bergerak dengan kemasukan komponen dari jenama Q Mobile Audio dan Kennon.

Bermula dengan pemain utama Pioneer DEH-1150MPG. Pemain ini seperti yang diketahui, hanyalah sebuah pemproses cakera padat dan MP3 asas. Tidak lebih dari itu, malah jack untuk RCAnya cuma ada satu, kelihatan sangat under power untuk dipadankan dengan sistem yang lebih kompleks. Namun bagi seorang yang tahu helah yang boleh menjimatkan belanja, pemain ini tetap mempunyai kelebihannya. Amy memasangkan satu lagi pemain Mohegan MHD 2620 untuk memproses medium lain untuk format MP3.

Isyarat diproses oleh dua jenis pre-amp untuk kawalan frekuensi bass serta mid dan tweeter. Unit yang dimaksudkan ialah pre-amp Q Mobile Audio dan pre-amp Sony Xplod. Mengapa perlu dua? Bagi sistem yang didatangkan dengan pemain berkemampuan rendah (watt rendah, pre out kurang, talaan minima, tiada crossover dan pengawal sub), tugas menala diserahkan sepenuhnya kepada pre-amp ini. Ia mampu mengasingkan frekuensi dengan sangat tepat.

Memandangkan kereta ini dibina dari asas yang baik, maka pengubahsuaian lanjut untuk sistem audionya tidak menjadi masalah. Amy memilih untuk menggunakan 2 unit woofer 12” Q Mobile Audio. Unit tersebut diletakkan di dalam but belakang. Pada asalnya, sistem ini hanya dipasangkan dengan 2 unit woofer namun menyedari dentuman bassnya tidak cukup, 2 unit woofer 12” dari Kennon dipasangkan sebagai tambahan.

Woofer ini menerima bekalan tenaga dari amplifier monoblock Kennon. Dua unit amplifier ini bertugas memandu 4 unit woofer, lebih dari cukup untuk seunit amplifier kelas D yang menghasilkan output kuasa rendah, masih jauh dari masalah kepanasan yang lazimnya berlaku pada teknik pemasangan ‘bridging’ pada amplifier pelbagai saluran. Beza antara amplifier biasa dengan amplifier kelas D ialah kemampuan digital yang dimiliki serta kuasanya yang linear dan stabil. Secara tidak langsung mengurangkan beban kepada bateri kereta dan alternator.

Bahagian trunk lid kereta ini pula terdiri daripada enam unit mid yang juga berjenama Q Mobile Audio. Pada puncak kuasa 80watt RMS setiap satu, ia menghasilkan bunyi bass yang cukup sempurna dan jelas. Turut datang bersamanya ialah 2 unit tweeter Q Mobile Audio dengan unit crossover yang bertugas memotong frequensi untuk pemprosesan 1700 hingga 20000Hz sahaja. Jadi cukuplah 2 unit untuk menghasilkan gelombang ‘kaca’ yang jelas.

Speaker mid ini diperkuatkan dengan amplifier 4 channel Kennon. Memandu 6 unit mid dan dua unit tweeter ternyata bukan masalah untuk amplifier ini dan setakat hari ini, dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Jika diamati dengan teliti, gabungan woofer dan mid pada but kereta ini menghasilkan bunyi yang seimbang dan dinamik. Pasangkan sahaja lagu apapun, tahap distortion hampir hilang sepenuhnya dan akan menyangka ia datang dari sistem berjenama premium!

Pada tahap ini, Toyota Corolla LE ini telah benar-benar lengkap dari segi pengubahsuaiannya. Bermula sebagai kereta harian yang digunakan berulang-alik ke tempat kerja, diubahsuai menjadi kereta berkuasa dengan enjin Levin dan diakhiri dengan kemasukan sistem audio.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 50

Previous Post

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Sistem Audio Yang Membosankan!

Next Post

Empat Pilihan Varian Ditawarkan Pada Harga Bermula Dari RM104,000.21

Next Post

Empat Pilihan Varian Ditawarkan Pada Harga Bermula Dari RM104,000.21

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved