Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Wira Stylish Bride

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-26
in SHOW OFF, UTAMA
0

Audio Tetap Di Hati

Sebenarnya kereta ini sudah lama berada dalam stok tetapi terpaksa tunggu giliran yang agak lama. Akhirnya, tiba juga giliran Wira ini jadi tatapan. Kalau anda dari utara, pasti tak asing lagi dengan kelab yang mengenakan pelekat sama pada kereta masing-masing. Bride Team merupakan salah satu kelab paling aktif dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja memeriahkan dunia permotoran malah mengukuhkan persahabatan di kalangan peminat dunia permotoran.

Kalau kereta dah berpelekat Bride, sudah pastinya pemilik Wira ini juga salah seorang dari Bride Team. Dimiliki oleh Mohamad Saifol yang juga anak jati Kedah, Wira ini telah menjalani kerja-kerja modifikasi lengkap. Bukan sekadar pelekat Bride pada dinding kereta, saudara Saifol turut mengubahsuai prestasi dan menukar rim, menggantikan kusyen dengan sport car seat. Apa orang kata? Memang kemas!

Namun tumpuan artikel ini ditulis adalah untuk bercerita tentang minat beliau terhadap dunia audio. Bagi makluman, saudara Saifol mula berjinak-jinak bermain audio kereta sekitar tahun 2007. Ketika itu dunia audio kereta di Malaysia sedang menuju ke puncak. Jenama-jenama audio muncul membanjiri pasaran dan menawarkan pelbagai perkakasan audio yang mudah didapati tidak kira anda pergi ke ceruk mana sekalipun.

Hujung minggu pula pasti ada sahaja program melibatkan kereta-kereta audio sama ada berkapasiti besar mahupun dibuat secara kecil-kecilan. Dunia permotoran tidak pernah sunyi dari kemeriahan yang dibawakan para pemilik kereta yang dilengkapi sistem audio dengan pelbagai ragam dan talaan. Tidak kurang juga dengan penubuhan pelbagai kelab audio yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu.

Boleh dikatakan, saudara Saifol adalah golongan otai yang memeriahkan dunia audio di ketika itu. Lebih membanggakan, beliau masih lagi meneruskan minatnya walaupun mungkin tidak sekerap dahulu memandangkan bermacam-macam masalah menimpa negara kita sejak kebelakangan ini. Semangat yang ada pada saudara Saifol dan para peminat audio yang seangkatan dengan beliau harus dipuji. Siapa tahu, dunia permotoran akan kembali meriah dengan kereta-kereta yang dilengkapi sistem audio cemerlang?

Sementara menunggu saat itu tiba satu hari nanti, hari ini kita berpeluang menjenguk sistem audio yang dipasangkan saudara Saifol ke atas kereta Wira miliknya. Dikeluarkan pada tahun 2001, Wira ini masih dalam keadaan baik walaupun hampir mencecah 20 tahun. Kereta Wira yang dipasangkan dengan sistem audio talaan SPL ini menggunakan khidmat dari kedai audio KH Star Acc dan Faiz Audio Design.

Bagi menghidupkan elemen bunyi yang seterusnya menghiburkan suasana dalam Wira ini, seunit pemain utama jenis player android berukuran 9.1” telah digunakan yang dibantu pula oleh seunit pre-amp. Sebagaimana yang anda sedia maklum, pemain utama adalah nadi sesebuah sistem audio. Lazimnya alat bantu seperti pre-amp ini dipasang untuk memberikan kualiti lebih baik ke atas isyarat yang diproses terlebih dahulu di bahagian pemain utama tadi.

Sistem audio kereta Wira ini terbahagi kepada dua bahagian, satu di bahagian kabin dan yang kedua di bahagian belakang. Pemasangan sistem audio di bahagian hadapan lebih santai dan mudah untuk ditala oleh Saifol pada bila-bila masa. Sistem ini terdiri dari dua unit speaker mid bass yang dipasangkan setiap satunya di kedua-dua belah panel pintu diikuti dengan seunit tweeter yang ditanamkan di kedua-dua hujung pillar A.

Manakala sistem audio yang kedua lebih padat dilengkapi set speaker mid, tweeter dan woofer. Sebanyak 4 unit mid bass custom jenama Thailand telah ditanam pada perumah khas yang dilekapkan ke atas penutup kereta. Di bahagian yang sama, turut dipasangkan 2 unit tweeter. Bagi melengkapkan sistem audio ini, 2 unit woofer 12” dari Lightning telah dipasangkan dalam perumah khas yang diletakkan di ruang letak barang.

Perumah ini dipasangkan dengan cukup kemas dan masih ada ruang untuk menyimpan barang. Di bahagian lantainya pula menempatkan dua unit amplifier 4 channel dan monoblock untuk memacu barisan speaker dan woofer tadi. Secara keseluruhannya, Wira ini masih boleh digunakan untuk pemanduan harian. Ruang yang selesa dengan padanan cukup kemas, tidak melampau kalau saya kata ia masih lagi selesa dibawa ke mana-mana sahaja.

Previous Post

Bendung Masalah Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta Dengan Peranti Sensor Radar Tesla

Next Post

Realisasi Impianmu Bersama SHELL

Next Post

Realisasi Impianmu Bersama SHELL

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved