Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Usaha Memartabatkan Sukan Rally Di Peringkat Setempat

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-11-23
in BULETIN, UTAMA
0

Bertempat di Gugusan Felda Bukit Goh, Kuantan telah berlangsungnya PMCA Rally Shakedown 2021 pada 20 November yang lepas. Ia merupakan penganjuran buat pertama kali oleh Pahang Motorsports Club Association (PMCA). Penganjuran Rally Shakedown berkonsepkan latihan untuk menguji tahap keupayaan jentera rally setiap pasukan. Selain itu, ia juga sebagai latihan tambahan kepada Driver dan Co-Driver untuk persiapan sebelum perlumbaan Malaysia Rally Championship (MRC) sebenar yang dijangka berlangsung pada tahun hadapan setelah hampir dua tahun tanpa sebarang kejohanan perlumbaan akibat pandemik covid-19 yang melanda.

Apa yang lebih menarik, Rally Shakedown berkonsepkan seperti perlumbaan sebenar yang ada dalam disiplin setiap penganjuran Malaysia Rally Championship (MRC) sebelum ini. Program yang bermula seawal 8 pagi itu dimulakan dengan sesi taklimat daripada pihak penganjur dan disusuli dengan taklimat keselamatan yang berlangsung hampir sejam. Kemudian, semua pelumba kembali ke khemah teknikal setiap pasukan yang disediakan pihak penganjur bagi membuat persiapan sebelum sesi latihan bermula. Tujuh pasukan dan tujuh buah jentera pelbagai model telah mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini.

Menurut penganjur, program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan serta memartabatkan sukan rally di peringkat setempat. Selain itu, ia juga mampu menjana ekonomi setempat terutamanya dalam sektor perlancongan dan lain-lain sektor ekonomi. Semua sedia maklum bahawa sukan permotoran seperti rally ini agak sendu seolah-olah dipinggirkan dari arena permotoran Malaysia di mana ia kurang mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak berwajib.

Penganjur juga percaya jika mendapat perhatian dan sokongan daripada pelbagai pihak, ia mungkin mampu mencungkil dan menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai pelapis dalam sukan rally di Malaysia seperti Program Klinik Rally yang pernah dianjurkan pada suatu masa dahulu. Tidak mustahil juga kita mampu untuk melihat sekali lagi kelibat wakil negara di peringkat lebih tinggi seperti dalam kejohanan World Rally Championships (WRC) seperti dahulu.

Akhir sekali, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Abang. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam penganjuran sukan rally di Malaysia seperti Malaysia Rally Championship (MRC) dalam memberikan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan pemantauan dari awal proses penganjuran sehingga akhir program. Tidak lupa juga kepada semua peserta dan pasukan rally yang terlibat serta penaja iaitu Torenzoil, CBS Motorsport, Alynaz dan Keristeah untuk PMCA Rally Shakedown 2021 kali ini.

Perkongsian : Raziman Sipico

 

Previous Post

Enggan Mengalah, Takluk Litar Dan Muncul Sebagai Juara Berganda!

Next Post

Alami Kerugian Besar Dan Terpaksa Menanggung Sendiri!

Next Post

Alami Kerugian Besar Dan Terpaksa Menanggung Sendiri!

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved