Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Ultimate Kick

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-05-12
in BULETIN, UTAMA
0

Sesuatu kisah tidak mempunyai jalan cerita yang sama. Mungkin di awalnya ada sedikit persamaan tetapi tidak di penghujungnya. Ini membuatkan kehidupan sebagai sesuatu yang unik dan misteri. Begitu juga halnya dengan setiap sistem ICE. Pada dasarnya ia kelihatan sama, tetapi corak ia dipersembahkan dan ceriteranya berlainan. Salah satu kereta yang dimaksudkan adalah kereta Satria Neo, kepunyaan pecinta ICE dari Sabah ini.

Jujurnya, saya ada sedikit sejarah atau dengan erti kata yang lebih mudah, mempunyai sedikit isu dengan kereta Satria Neo. Barangkali, ini bukan kali pertama saya kongsikan bersama anda, para pembaca Kar HiFi. Kalau anda benar-benar pengikut setiap keluaran, pasti sudah tahu isu yang dimaksudkan. Tidak, bukan saya anti-Satria Neo, cuma saya punya sedikit masalah dengan Satria ‘berketurunan Neo”!

Mungkin apa yang saya alami sama seperti pemilik Vios 03 dan kereta Vios 07, pemilik Mini Cooper dengan kereta BMW MINI. Kelahiran kedua atau keluaran seterusnya untuk model sama seringkali mewujudkan percanggahan. Percanggahan yang menimbulkan perbezaan diantara kedua-dua keluaran sehingga mencetuskan, keluaran mana lebih bagus? Adakalanya, dari segi rupa mahu pun prestasi enjinnya. Jujur saya katakan, Satria generasi pertama adalah yang terbaik.

\Saya tidak seharusnya bersikap prejudis. Apatah lagi Satria Neo ini belum pernah lagi saya pandu uji. Ya, benar. Itu adalah kesalahan terbesar yang seharusnya tidak berlaku apabila melakukan sesuatu perbandingan. Tukang kritik harus mencuba kedua-duanya sebelum melakukan kritikan. Namun begitu, bukan itu yang mahu dibincangkan. Itu adalah krisis peribadi saya yang tidak sepatutnya muncul ketika melakukan tugas ini.

Tugas yang lebih penting perlu dilunaskan, apa lagi kalau bukan menilai sistem bunyi yang dibawa Satria Neo ini. Biarpun diagram yang diberikan sangat mudah, tetapi dari segi kerja pemasangan dan penalaan, ianya tidak semudah yang disangkakan. Bagi pemilik kenderaan ini, saudara Alawi Abdul Bakil, segala-galanya dilakukan sendiri dengan bantuan rakan-rakan dari Blaster Crew. Dari pemilihan hinggalah kerja pemasangan. Justeru itu, Satria Neo ini mempunyai kelebihan dari segi kos pemasangan dan memilih hanya jenama terbaik.

Disebabkan itulah, sistem ICE dipikul Satria Neo ini diisi dengan jenama terkenal, Kicker. Saudara Alawi menggunakan woofer Kicker Solo Baric L7 yang memang terkenal dikalangan peminat ICE. Melihatkan woofer Solo Baric ini sahaja sudah cukup membuatkan ia kelihatan lengkap. Namun, bagi memberi kesimbangan, saudara Alawi memberikan penumpuan yang sama terhadap seksyen lain.

Bermula dengan pemain utama, saudara Alawi memilih pemain CD Alpine yang mampu membaca pelbagai format media dari CD sehingga MP3. Ia juga boleh memperhebatkan lagi sistem ICE dengan penambahan beberapa aksesori lain termasuklah amplifier, woofer dan juga speaker bagi memberikan bunyi yang lebih dinamik. Sepertimana yang dilakukan saudara Alawi dengan menyambungkan terus pemain utama ini dengan 2 unit speaker komponen 4” dan 2 unit tweeter dari Kicker, diletakkan di bahagian kokpit depan.

Sistem ICE Satria Neo ini tidak berhenti di situ, sebaliknya membentuk 2 laluan baru yang dialirkan kepada dua unit pre-amp 7 band dari dua jenama berbeza. Unit pre-amp yang pertama merupakan pre-amp Pegasus dan pre-amp kedua pula merupakan dari jenama Adams Digital ADP100MS. Laluan pertama dari pre-amp Pegasus memancarkan isyarat kepada unit amplifier sebelum dihantar kepada barisan speaker.

Bagi memacu barisan speaker ini, 2 unit amplifier 2 channel telah digunakan, amplifier Kicker KX200.2 dan juga amplifier Phoenix Gold QX100.2. Setiap satu dari 2 unit amplifier ini digunakan untuk memacu 2 unit speaker komponen 6.5” dan 2 unit tweeter Kicker. Barisan speaker ini disemadikan dalam perumah khas yang ditempatkan dibahagian belakang Satria Neo. Saya harus berikan kredit terhadap pembuatan perumah yang sememangnya tampak kemas dan tersusun cantik di bahagian atas 2 unit woofer Solo Baric.

Tampil unik tetapi klasik, woofer 15” Solo Baric dari Kicker yang didatangkan dalam bentuk 4 segi ini memberi dimensi pada bunyi dan membuatkan ia lebih mantap jika dibandingkan dengan woofer bulat biasa. Bagi mendefinisikan dengan sempurna bunyi bass yang dihasilkan barisan woofer ini, saudara Alawi telah menggunakan 2 unit amplifier Audio Quart AQ-A30001D.

Jadi, bukankah ia satu gabungan sempurna? Hanya satu petikan di tombol pemain utama, bunyi bass yang terhasil mampu menyempurnakan serangan. Itulah serangan Kicker dari Satria Neo. Mungkin juga ia belum cukup sempurna (itu yang seringkali dikatakan setiap pemilik kereta yang menandakan mereka mahu menaiktaraf lagi. Siapa mudah puas?) dan perlu menjalani beberapa lagi siri modifikasi.

Saya pasti sistem ini lebih hebat kalau diisi dalam Satria dan bukannya Satria Neo. Setuju? Oh maaf, saya masih terbuai dengan penangan Satria lama. Eh bukankah ada pepatah Inggeris mengatakan, “Old is Gold”?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 25

Previous Post

Sejarah Model Mazda MX

Next Post

Program Pelesenan Lim Tayar Family Untuk Industri Selepas Jualan Oleh CKL Group

Next Post

Program Pelesenan Lim Tayar Family Untuk Industri Selepas Jualan Oleh CKL Group

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved