Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Tiada Kata Secantik Bahasa, Tiada Bunyi Seindah Irama

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-12-31
in SHOW OFF, UTAMA
0

Teknik fotografi bergantung pada banyak perkara. Dari asasnya seperti nilai ISO, apertur dan juga kelajuan bukaan shutter. Saya tidak berapa pandai menjelaskannya dalam istilah Bahasa Melayu, kerana istilah fotografi dan kamera adalah ciptaan Jepun, Jerman dan Rusia. Semenjak dari zaman filem 35mm beralih ke format digital, ia menjadikan rakaman saat indah dan objek menarik menjadi sangat mudah.

Salah satu kelebihan foto Charade ini ialah seni latarbelakangnya yang menarik. Waktu penggambaran kereta ini bukanlah sesuai sangat namun keadaan awan yang redup hampir hujan, dilimpah cahaya matahari yang samar-samar, hasilnya sebuah rakaman yang ‘hidup’. Nak jelaskannya mungkin tidak sukar dengan fotografi itu sendiri namun susah dari segi perkataan. Macam audio juga, kalau dicerita susah, tapi bila dengar sebuah sistem yang berkualiti anda dapat hayati sendiri bagaimana.

Sistem yang dipenuhi oleh komponen dari jenama Performance ini cukup terkenal di sebelah utara tanahair. Sewaktu perjalanan krew Kar Hifi ke negeri sebelah utara beberapa bulan lepas kami dapat menyimpulkan bahawa trend permainan sistem audio di sana amat maju. Dari Perak, Pulau Pinang hingga ke Kedah, baik bandar besar atau kecil, perkembangan kereta audio adalah sangat menggalakkan.

Justeru, Charade ini untuk kami terlepas pandang. Baiklah. Untuk sebuah sistem yang ‘penuh’ sebegini, apakah matlamatnya? Anda dan saya tahu, SPL. Bagi sebuah kereta yang bersaiz kompak, cabaran dalam pembikinan kereta ini ialah mengekalkan fizikalnya supaya pengubahsuaian keseluruhan nampak menarik. Menarik sahaja tentu tidak cukup jika bunyinya tidak sepadan dengan bilangan speaker. Faham maksud saya?

Memulakan sistem kereta ini ialah pemain utama Kenwood KDE-X7006U yang menyalurkan isyarat tepat untuk dibawa ke speaker yang dipasang. Namun begitu, isyarat ini dilaras pada punca sekunder iaitu pre-amp dengan parameter 4 band yang mana cukup untuk memastikan system SPL kereta ini bergerak sehaluan.

Semua pembesar suara kereta ini ditumpukan di bahagian but. Namun untuk memuatkan kesemuanya, kaedah penyediaan yang teliti telah dibuat oleh pihak Funky Audio dengan membuat sebuah kotak menggantikan tempat duduk belakang dan ruang but. Kotak ini juga dipecahkan kepada dua bahagian utama, di tengahnya untuk set woofer sementara di kedua-dua sisi untuk mid dan tweeter. Lantai but belakang pula masih ada ruang untuk dimuatkan lagi dengan sepasang woofer lagi.

Sebanyak 10 unit woofer digunakan secara keseluruhan. Lapan daripadanya bersaiz 12 inci yang diletakkan secara V, menghadap satu sama lain dengan ruang legar yang sesuai. Kelapan-lapan woofer ini dikuasakan oleh dua unit amplifier kelas D monoblok Performance PF2400.1. Kemampuan amplifier ini memang tidak diragui lagi untuk memandu empat woofer setiap satu.

Dua unit lagi woofer yang dipasangkan ialah model bersaiz 10 inci, juga daripada Performance. Sesuai dengan saiz dan keupayaannya, woofer ini dipacu oleh seunit amplifier 2 channel Performance PF1202. Seunit lagi amplifier model yang sama turut digunakan untuk menguatkan keupayaan bunyi dari 2 unit horn tweeter Performance.

Suntingan bunyi mid bass atau dalam SPL sebenarnya memang haluan speaker ini menghasilkan bunyi vokal semata-mata. Speaker yang dimaksudkan ialah mid bass 6” Performance PF6.5 seperti yang dapat dilihat di dalam foto, jumlah keseluruhan speaker ini ialah sebanyak 8 unit. Corak penghantaran kuasanya juga ringkas, setiap empat mid bass ini berkongsi punca daripada amplifier 4 channel Performance PF804.

Charade ini lebih daripada sekadar sebuah demo audio. Kereta ini dibina dengan sangat kemas menggunakan kaedah ‘customizing’ yang hampir menyeluruh. Rekaan bodykit ini dibuat oleh pihak Venis Bodykit & Sticker Design. Kena sebut betul-betul sebab kalau salah loghat boleh jadi lucah bunyinya. Pihak Venis juga menyiapkan pelekat badan yang sesuai di samping curahan airbrush gumpalan api di atas hud depan. Realitinya, kereta ini bukan sahaja sedap didengar, ia juga indah dipandang!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 14

 

Previous Post

Bantu Meningkatkan Jualan Kereta Pada Tahun Hadapan

Next Post

Meninggalkan Tahun 2020 Dengan Penuh Bergaya

Next Post

Meninggalkan Tahun 2020 Dengan Penuh Bergaya

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved