Diadakan bersempena Stylelista Fiesta yang berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas, Autoshow Proton With Neutron Fest ini telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak RM50 dikenakan sebagai bayaran pendaftaran, acara ini telah dimulakan dari pukul 10 pagi dan berlarutan sehingga pukul 6 petang, pelbagai aktiviti turut disediakan.

Walaupun diadakan untuk kali pertama, acara ini mendapat sokongan dan menerima tajaan dari jenama-jenama hebat termasuklah penaja utamanya Stylelista, diikuti Enermax dan Rztwin Ent. Pihak urusetia telah memberi kepercayaan kepada GM Event Management untuk menganjurkan pertandingan autoshow.

Bagi acara kali ini, GM Event Management telah membuat kelainan dengan mengadakan autoshow khas untuk keluaran kereta nasional dari keluaran pertama hingga yang terbaru. Ternyata keputusan GM Event Management ini menerima sambutan yang amat menggalakan dari para pemilik kereta nasional khususnya dari kawasan utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan juga Perlis.
































