Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

The Dominations, Audio Lemak Merdu!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-09-14
in SHOW OFF, UTAMA
0

Semua orang di dunia ini mempunyai minat atau kegemaran yang berbeza-beza. Kalau semuanya sama, dunia akan menjadi tempat paling bosan di alam semesta. Bayangkan jika semua umat manusia di muka bumi hanya gemarkan aiskrim vanilla saja. Maknanya, tak ada aiskrim perasa coklat, strawberi ataupun durian akan wujud di muka bumi ini!

Sama seperti dalam dunia audio kenderaan. Ada sesetengah orang memang gemarkan sistem audio yang boleh didengar satu kampung, kalau boleh, satu bandar dengar lagi bagus. Mungkin telinga mereka ada plug binadalam yang kalis bunyi bising.

Saya pula secara peribadi menggemarkan sistem audio yang sedap didengar di dalam kereta. Bunyinya perlu cukup – saya mahukan bunyi vokal yang jelas, bunyi gitar yang tajam dan bunyi drum yang padat. Kiranya citarasa saya ialah seperti semangkuk tomyam yang sedap, pedas, masam dan masinnya secukup rasa.

Sistem audio Toyota Vios putih ini ialah apa yang saya idamkan untuk sistem audio kereta saya. Sistem yang dibina kepada Vios ini amat ringkas tetapi hasil akhirnya amat mengagumkan. Buktinya, kereta ini telah memenangi tempat ketiga di dalam kategori Experience SQ di pertandingan anjuran EMMA di Singapura dan tempat pertama bagi kategori yang sama di Malaysia.

Sistem audio yang telah memenangi beberapa anugerah ini dimulakan dengan unit utama dari Pioneer P80RS, sebuah pemain utama yang cukup digemari oleh penggemar audio kereta yang sukakan sistem jenis aktif. Ini bermakna sistem kereta ini tidak perlukan bantuan crossover untuk membahagikan frekuensi oleh kerana pemain utama ini mempunyai keupayaan pembahagian frekuensi secara binadalam.

Memandangkan ia tidak memerlukan crossover mahupun equalizer, isyarat bunyi dari pemain Pioneer berkenaan dihantar terus ke seunit amplifier Lightning Audio LA-8004. Amplifier ini merupakan dari jenis 4 saluran dengan kuasa 800 watt PMPO.

Dua saluran daripada amplifier tersebut disalurkan kepada 2 unit speaker Dominations D130MKII yang dipasang ditempat asal speaker OEM, di panel pintu hadapan. Speaker 6” jenis 2 way ini merupakan speaker buatan Indonesia yang mula mendapat perhatian dari peminat-peminat audio tempatan yang agak ketat dari segi bajet tetapi mahukan speaker yang berkualiti tinggi. Speaker ini mungkin belum mencapai tahap kualiti Focal atau Morel, tetapi dengan harganya yang jauh lebih rendah, ia ialah pilihan yang sangat-sangat berbaloi.

Untuk tweeter juga, pemilik Vios putih ini memilih jenama Dominations. Tweeter Dominations F50 ini dipasang pada tiang A di dalam perumah custom, di mana ia dihalakan pada sudut yang terbaik untuk staging yang tepat. Kuasa kepada tweeter ini dibekalkan oleh amplifier Lightning Audio yang sama memacu speaker hadapan.

Seunit kapasitor 2 farad digunakan bagi menstabil aliran elektrik ke amplifier berkenaan dan juga untuk seunit lagi amplifier, iaitu Lightning Audio LA-1600MD. Amplifier jenis monoblock ini digunakan untuk satu tujuan sahaja – iaitu untuk memberi kuasa kepada seunit subwoofer 12” Rockford Fosgate Punch P3D412.

Amplifier berkenaan dipasang dengan begitu kemas di dalam ruang but belakang Vios ini. Pemiliknya telah memilih untuk ‘menanam’ subwoofer berkenaan di ruang kosong yang sepatutnya menempatkan tayar ganti kereta ini. Ruang berkenaan diperkukuhkan dengan perumah khas yang dibina dari kayu yang lebih tebal untuk memastikan subwoofer berkenaan tidak bergegar semasa sedang beraksi. Subwoofer berkenaan pula ditutup dengan lapisan persplex lutsinar dan lampu neon berwarna biru digunakan untuk menghiasi sekeliling subwoofer berkenaan.

Amplifer Lightning Audio yang digunakan juga diletak di dalam perumah khas yang dibina di belakang tempat duduk belakang Vios ini. Amplifer berkenaan juga ditutup dengan lapisan persplex dan dihiasi lampu neon biru yang bukan saja kelihatan cantik, tetapi mampu juga menjaga peralatan ini daripada rosak.

Kesemua speaker, amplifier dan subwoofer di dalam Vios ini disambung menggunakan kabel audio Tchernovadio. Anda mungkin tidak biasa mendengar jenama ini, tetapi jenama ini ialah salah-satu jenama kabel audio yang terbaik yang dihasilkan dari negara Rusia dan telah berada di pasaran dunia sejak 10 tahun yang lalu.

Bagi kaki SPL, sistem audio Vios ini mungkin terlalu ‘jinak’ buat anda, tapi untuk kaki SQ macam saya, sistem audio ini ialah impian saya.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 27

Previous Post

40 Unit Honda Civic Diserahkan Kepada Kor Polis Tentera DiRaja

Next Post

Guna Child Restraint System (CRS) Ikut Garis Panduan MIROS!

Next Post

Guna Child Restraint System (CRS) Ikut Garis Panduan MIROS!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved