Bukan satu berita yang ingin didengar khususnya kepada para peminat tegar Honda tetapi itu yang terjadi di Jepun. Akibat permintaan yang terlalu tinggi untuk Honda Civic Type R, tempahan terpaksa dihentikan buat seketika. Honda telah mengumumkan berita ini di laman rasminya untuk pasaran Jepun.
Berbeza dengan pasaran lain, para pelanggan di Jepun menghantar terus tempahan menerusi Honda Motor. Di pasaran US misalnya, pengeluaran dihantar kepada para wakil pengedar dan kemudian akan dijual kepada pengguna dan bilangannya pula terhad untuk Type R. Harga seunit Civic Type R di Jepun di Jepun bermula dari $38,896 (RM166,854.41) termasuk cukai.
Buat masa ini, Honda sedang menyediakan dua versi perlumbaan untuk Civic Type R. Varian TCR dengan penampilan yang lebih agresif dikatakan bakal berentap di IMSA Michelin Pilot Challenge tahun ini. Selain itu, varian RWD R-GT pula bakal menggantikan NSX-GT Type S dalam siri Super GT Jepun pada musim 2024.
Sumber : motor1