Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Supremely Entertaining

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

Idea menghasilkan sebuah kereta penumpang premium bukanlah sesuatu yang baru. walaupun sebuah Roll Royce dan Vios sama sahaja mobiliti dari titik A ke B, pasaran kenderaan premium sebenarnya mendapat sambutan yang bukan sedikit bagi kalangan hartawan yang mahukan status dan prestij. Maka lahirlah jenama seperti BMW dan Mercedes yang berjaya membentuk pasaran baru dalam kenderaan kelas premium. Harga sebuah BMW 5 siri sudah tentu berkali ganda mahalnya dengan sebuah Toyota Camry. Benar. Sama ada percaya atau tidak, inilah realitinya.

Ia bukan sahaja tertakluk pada jenama, tetapi pakej keseluruhan kenderaan yang membentuk kelasnya yang tersendiri. Lama sebelum kehadiran versi BMW Chris Bangle, unit lama versi 7 siri telah lahir dalam pasaran premium yang disebutkan tadi. BMW 7 siri E38 ini adalah sebahagian daripada sejarah kegemilangannya itu.

Biarpun selepas 20 tahun di pasaran, kereta ini tetap memiliki popularitinya yang tersendiri. Dibina semula oleh pemiliknya yang mahu mengekalkan nilai sentimental sedan panjang ini, ia kelahiran semula dalam versi yang lebih segar, elegan dan hadir dengan pakej yang cukup menarik.

Penggunaan bodykit custom di hadapan, belakang dan sisi, roda 18”, spoiler karbon dan warna badan putih mutiara sudah cukup menyerlahkannya di jalanan. Pemiliknya yang mahu lebih dari sebuah projek retorasi kemudiannya mendapatkan kepakaran Dream Wheels yang berpusat di Damansara untuk meningkatkan keupayaan sistem audio sedia ada. Bertitik tolak dari situ, satu set pelan pengubahsuaian penuh telah dibuat.

Proses permulaan sistem ini dijalankan dengan penukaran pemain utama kepada pemain premium Pioneer DEX-P90RS. Seperti lazimnya pada setting SQ yang serius, pemain P90RS ini digandingkan dengan pemproses DEQ-P90 sebagai pelancar kepada sistem DSP 32 bit yang menjadikan sistem aktif secara keseluruhannya sebagai unit kompleks tetapi dapat dikawal secara individu.

Tiga unit amplifier dipecahkan menjadi tiga laluan talaan pada sistem bunyi dua hala ini. Laluan pertama ialah unit woofer 12” JL Audio siri W6v2 yang dilancarkan menerusi penggunaan amplifier monoblok JL Audio 500/1. Woofer dan amplifier ini memiliki kemampuan yang tidak dapat dipersoalkan lagi dan saya kira tidak banyak amplifier dengan koil bunyi tunggal yang mempunyai kemampuan sebegini untuk menghantar gelombang bass secukupnya ke dalam ruang kabin. Dan itu sudah tentulah memerlukan pemetaan bunyi yang sangat teliti dan tepat pada jajaran waktunya.

Bahagian panel hadapan kereta dilengkapi dengan mid dari Flux. Tanpa sebarang halangan speaker ini dipadankan pada perumah buatan custom dengan dinding kon yang bebas sepenuhnya tanpa jejaring. Tapi awas pada anda yang tidak berhati-hati bila masuk ke dalam kereta kerana speaker ini bukanlah murah harganya! Kapasiti keluaran kuasanya ditampung oleh seunit amplifier 4 channel Steg QM 75.4 yang dibridgekan kepada 2 keluaran sahaja.

Akhir sekali ialah 2 unit tweeter Flux yang dipadankan pada pillar hadapan. Mengikut data teknikal yang diberi, tweeter ini mendapat keluaran kuasa daripada amplifier 2 channel Steg QM 20.2. Saya tidak pasti kenapa amplifier ini dipilih pada mulanya, namun setelah mendapatkan info dari pihak Dream Wheels, saya dimaklumkan amplifier ini tiada masalah distortion langsung. Faktor gain kuasanya yang luas ditambah dengan konsistensi kuasanya menjadikannya pilihan terbaik kepada sistem yang digunakan pada BMW ini.

Kereta ini bukan sahaja melibatkan peningkatan sistem audio. Keseluruhan pakej audio telah digabungkan menjadi satu hasil seni yang lengkap dan sempurna. Aksesori yang disebutkan tadi telah disusun dengan begitu rapi di bahagian but belakang menggunakan latar arkilik dan lampu LED kecil yang mengelilingi setiap bahagian.

Keseluruhan pengubahsuaian kereta ini adalah tentang estetika seni yang diterjemahkan dalam bentuk sentuhan yang sempurna. Jujurnya, jika saya berduit mahu sahaja saya tawarkan harga untuk beli kereta ni. Bukan senang nak mulakan satu projek dan kemudian akhirinya dengan hasil sedemikian rupa. Memang terbaik di kalangan yang terbaik!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 34

Previous Post

Nissan Kicks Import Dari Thailand, Kini Di Jepun

Next Post

Mazda CX-3 Edisi Terhad 2020

Next Post

Mazda CX-3 Edisi Terhad 2020

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved