Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Super-man Rock On

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-07
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kenapa kereta kompak sering menjadi ejekan dan gurauan kasar masyarakat Malaysia? Kereta-kereta yang menjadi mangsa lazimnya adalah Myvi dan Viva. Adakah kerana binaannya yang kecil dan mudah menyelit, juga kelajuan dipandu pemiliknya mencapai tahap gila? Terlebih dahulu, saya tidak mahu memihak kepada sesiapa tapi sebagai pemilik kereta kompak, ada masanya terbakar juga membaca guruan kasar ni. Sekali, bolehlah dibawa gelak berjemaah tapi kalau selalu rasanya macam, “helo, kering idea nak melawak ke bro?”

Apa guna menggasak garam atas luka? Tidak kiralah bagaimana bencinya kebanyakan pemandu di Malaysia terhadap kereta kompak, ia tidak mampu menghalang penjualannya yang meningkat saban tahun. Bukan sahaja kerana harga mampu milik, mudah kendali, ekonomi kerana jimat penggunaan minyak, kereta kompak ini sangat fleksibel dan menjadi pilihan para penggila modifikasi. Antaranya seperti kereta Viva milik Mohd Nazmi Hakim yang merupakan seorang peminat tegar watak adiwira, Superman!

Meminati Superman sejak dari zaman kanak-kanak lagi, kereta Viva yang dimilikinya ini menjadi tempat dia meluahkan kecintaannya terhadap watak adiwira itu. Tidak ada satu ruang dibiarkan kosong dan setiap inci darinya pasti dihiaskan dengan watak kesayangan hatinya ini. Modifikasi jenis ini bukanlah sesuatu yang aneh, malah ia sudah sering kali dilihat di mana-mana autoshow, samada yang berkapasiti besar atau sekadar mengisi undangan untuk show off.

Pasti anda ingat lagi beberapa modifikasi kereta dengan tema-tema adiwira (superhero) yang pernah menghiasi ruangan Show Off Kar HiFi. Kecintaan yang tinggi terhadap watak-watak ini mendorong para pemilik kereta berhabis dan mencari hanya yang terbaik untuk melaksanakan impian masing-masing. Lihat sahaja pada kereta Viva ini. Percaya atau tidak, untuk mendapatkan Viva yang dimodifikasi penuh ini, Nazmi telah menghabiskan sebanyak RM35,000 dan mungkin juga lebih.

Adakah ia berbaloi? Bagi pencinta tegar seperti Nazmi, sudah pasti ia berbaloi. Malah, jika diberikan peluang, tentunya Nazmi ingin mempertingkatkan lagi penampilan Viva ini yang telah pun dipenuhi lukisan cat semburan angin. Selain itu, Nazmi juga turut menukar enjin asal dengan enjin turbo Daihatsu YRV bersesaran 1300cc dan dilengkapi intercooler Apexi. Bahagian tempat duduk penumpang di belakang pula dibina dengan perumah binaan khas di mana tapaknya tertanam pre-amp dan crossover dan ditutup gelas arkilik. Lebih menarik, dindingnya telah ditampal dengan ikon Superman “S” yang boleh dikatakan sebagai lagenda itu.

Kebiasaannya, kereta yang telah menjalani modifikasi sebegini lebih cenderung untuk menyertai pertandingan kategori Autoshow. Jadi, tidak lengkap kalau bahagian audionya dibiarkan kosong. Menyedari hal itu, Nazmi tidak berkompromi dalam membina sistem audio yang dipikul Superman Viva miliknya. Memenuhi kehendak pertandingan, Nazmi telah memilih pemain audio dari Epsilon sebagai head unit yang menguasakan sistem audionya. Isyarat yang telah diproses kemudiannya dipecahkan kepada dua unit amplifier; satu unit amplifier 2 channel RPM dan seunit amplifier monoblock RPM.

Barisan speaker ini terdiri dari woofer, mid bas dan tweeter. Sebanyak 4 unit woofer dari jenama Zulex telah digunakan dan dipacukan oleh seunit amplifier monoblock RPM. Dengan kiraan dan anggaran yang tepat, keempat-empat woofer ini dapat dimuatkan dalam perumah khas yang dibina dan diletakkan di ruang belakang Viva. Menemani keempat-empat woofer ini pula adalah 6 unit mid bass 6” dan 2 unit tweeter dari Kingdom. Kesemua speaker ini dipacukan oleh seunit amplifier 2 channel RPM. Apa yang menariknya adalah susunan yang diatur oleh installer. Setiap 3 unit mid bass dan seunit tweeter telah dipasangkan di kedua-dua belah perumah tadi sekali gus memberi keseimbangan pada sistem audio secara keseluruhannya.

Mungkin ada golongan yang akan melemparkan pelbagai pandangan tetapi apa juga dikatakan mereka tidak penting. Apa yang penting, kepuasan hati dan impian diri sendiri terlaksana. Selagi tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang, sesiapa sahaja bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Bak kata orang, berani bermimpi dan jangan berhenti hanya kerana mimpi dan impian anda itu pelik. Dah lama teringin nak buat cat semburan angin, ada sesiapa sudi jadi penaja tema Sultan atas kereta Myvi saya?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 84

Previous Post

Skim Pembiayaan Patuh Syariah UMW Toyota Dan Bank Islam

Next Post

Melangkaui Batas Masa

Next Post

Melangkaui Batas Masa

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved