Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sumbangan RM10,000 Kepada Petugas Barisan Hadapan Dari SOCAR Malaysia

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-02-16
in BULETIN, UTAMA
0


Ketika penularan pandemik semakin meningkat hingga memaksa para petugas barisan hadapan negara ke tahap adiwira, SOCAR Malaysia telah menyumbangkan RM10,000 kepada tabung kelab Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, yang bertujuan memberikan bantuan kebajikan sosial dan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan untuk para ahlinya.

“SOCAR Malaysia sebelum ini telah berpeluang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan keselamatan untuk semua pengguna SOCAR di dalam platform berkenaan, dan kami sedar bahawa demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia setiap masa, PDRM sanggup memikul tanggungjawab besar sehingga membahayakan keselamatan dan kesejahteraan diri mereka sendiri. Semasa pandemik ini, semua rakyat Malaysia telah melihat usaha gigih PDRM, dan ada di antara anggota dan pegawainya yang telah mengorbankan keselamatan diri demi usaha menjaga ketenteraman dan keamanan.

Di SOCAR, kami sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan kepada pihak polis, dan sebagai sebuah syarikat, kami yakin bahawa kepercayaan dan keselamatan adalah antara tonggak utama dalam memperkasakan ekonomi perkongsian. Menerusi sumbangan ini, kami mahu turut serta dalam mengiktiraf jasa besar pihak polis kepada rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SOCAR dan TREVO Malaysia, Leon Foong.

Tabung kelab berkenaan diperuntukkan untuk tujuan kebajikan ahli JSPT Bukit Aman, termasuklah sumbangan untuk para anggota dan ahli keluarga terdekat mereka yang menerima rawatan di hospital atau yang telah meninggal dunia serta aktiviti kemasyarakatan seperti menganjurkan acara keraian persaraan dan acara bersama masyarakat.

Pada 2020, seramai 79 pegawai polis telah menerima bantuan daripada tabung kelab berkenaan yang berjumlah RM47,100. Untuk tahun 2021, pihak JSPT Bukit Aman berharap untuk terus memberikan bantuan dan pertolongan kepada para ahli serta tanggungan mereka yang memerlukan. Selain daripada itu, jabatan berkenaan juga telah mengambil beberapa langkah bagi memberikan sokongan moral untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pegawai polis.

“Bagi pihak kelab JSPT Bukit Aman, saya mengucapkan terima kasih kepada SOCAR Malaysia atas sumbangan mereka kepada tabung kelab JSPT ini. Kami memandang akan pentingnya usaha memastikan bahawa kesejahteraan semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa dipelihara. Sebagai sebahagian daripada tugas harian dan juga inisiatif keterlibatan awam, langkah menjaga hubungan baik dengan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, daripada perniagaan hinggalah kepada rakyat biasa, adalah kunci kejayaan kami.

Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama yang dapat membantu kami melakukan yang terbaik untuk ahli kelab dan mengukuhkan keupayaan kami untuk berinteraksi dengan masyarakat,” kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, YDH DCP Dato’ Azisman bin Alias selaku Pengerusi Kelab JSPT Bukit Aman.

Previous Post

Serlahkan Sistem Audio Kereta Dengan Kelengkapan Dari Apache

Next Post

Merangkumi Sebahagian Besar Ekosistem Automotif Malaysia

Next Post

Merangkumi Sebahagian Besar Ekosistem Automotif Malaysia

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved