Dikeluarkan oleh syarikat Alphard Group, Deaf Bonce merupakan jenama premium dalam segmen SPL yang menerajui industri pengeluaran dan pembekal kelengkapan audio kereta di Rusia. Sejak awal penubuhannya, syarikat Alphard Group memfokuskan terhadap pembangunan dan melaksanakan proses teknologi paling terkini dalam pengeluaran serta rekaan audio kereta yang menawarkan produk berkualiti tinggi serta berprestasi cemerlang kepada para pelanggan.
Sejak tahun 2012, syarikat ini memberi sumbangan berharga untuk pembangunan pertandingan audio kereta di Rusia. Selain menjadi rakan kongsi serta penaja, syarikat ini turut mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan. Syarikat ini juga berkembang pesat dalam industri audio kereta sekali gus mendapat permintaan yang tinggi dari peminat audio kereta. Alphard Group merupakan salah satu rakan kongsi pertandingan antarabangsa seperti EMMA Global dan Drag Racing International yang mengukuhkan kedudukan syarikat ini di pasaran Eropah, Amerika Syarikat serta negara-negara Timur Tengah dan Asia termasuk Malaysia yang diedarkan oleh Audio Network Marketing Sdn. Bhd.
Deaf Bonce dihasilkan oleh syarikat Alphard Group di penghujung tahun 2013 dan dalam masa yang singkat, ia mendapat sambutan cukup hebat di pasaran audio kereta Rusia ekoran produknya yang unik, menandingi jenama pesaing lain. Kehebatan ini menempatkan Deaf Bonce sebagai peneraju utama dalam industri SPL di Rusia. Seperti yang dinyatakan di awal tadi, Deaf Bonce berjaya mencipta beberapa rekod dunia dalam pelbagai kategori pertandingan dB Drag Racing termasuk di Rusia dan Eropah dengan mencatatkan – 181.8dB untuk kategori EXTREME NL. Pada tahun 2019, pasukan Deaf Bonce menjadi pasukan yang paling banyak merangkul pelbagai nama dan antara jenama yang terkuat di dunia dengan lebih 150 buah kereta pertandingan profesional di Rusia dan seluruh dunia.
Salah satu siri Deaf Bonce ialah Apocalypse yang menghasilkan bunyi kuat serta kompetitif dan mempunyai ciri-ciri kelebihan berkualiti dengan gred kuasa pengendalian dan spesifikasnya yang dikurangkan untuk kegunaan harian. Sejajar dengan misi Deaf Bonce untuk mencipta kelengkapan audio yang boleh diharapkan, cekap dan mampu melaksanakan impian para peminatnya menggungguli pertandingan SPL.

Subwoofer 12” Apocalypse DB-SA2712 D1/D2
Spesifikasi
Kuasa Maksima : 3400 watt
Kuasa RMS : 1700 watt
Saiz koil suara : 2.75”
Impedans : 1+1/2+2 Ohm
SPL (dB) : 86

Subwoofer 15” Apocalypse DB-SA2712 D1/D2
Spesifikasi
Kuasa Maksima : 3400 watt
Kuasa RMS : 1700 watt
Saiz koil suara : 2.75”
Impedans : 1+1/2+2 Ohm
SPL (dB) : 88
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Audio Network Marketing Sdn. Bhd.
No:7, Jalan BP1, Taman Bukit Pandan,
56100 Kuala Lumpur.
03 – 4294 8446
Emel : [email protected]
Facebook : www.facebook.com/audiobankmalaysia/
YCS Auto Supply
D-21-05, D’Alamanda Block D,
Jalan Pudu Impian,
56100 Kuala Lumpur.
Tel : 017 – 207 3355.
Facebook : www.facebook.com/audiobankmalaysia/
Web : www.audiobankusa.com.my/












