Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sound Quality Sarawakian Style

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-02
in SHOW OFF, UTAMA
0


Aktiviti modifikasi pada hari ini boleh dikatakan sedang bergerak dengan sangat perlahan. Jikalau adapun, kerja-kerja modifikasi ini tidak dilakukan sekali gus sebaliknya menerusi peringkat demi peringkat. Maklum sahajalah, keadaan ekonomi yang masih lagi tidak mengizinkan membuatkan ramai yang berkira-kira dan memilih untuk melakukan perkara yang lebih penting. Tidak ada yang salah dalam hal itu kerana kita juga sering diingatkan untuk sentiasa berjimat cermat. Gunakan duit untuk perkara yang perlu dan penting sahaja.

Namun begitu, bagi kaki pencinta audio kereta tegar, keadaan ini bukan satu alasan untuk menangguhkan niat melakukan modifikasi atau menaiktaraf sistem audio masing-masing. Tidak kiralah sama ada ia melibatkan modifikasi rumit SPL mahupun sistem ringkas talaan SQ kerana kehendak dan kepuasan hati adalah perkara paling penting dan perlu diutamakan. Kali ini, satu lagi kereta keluaran negara telah menjadi penghias untuk segmen Show Off. Cuba teka, sistem apa yang dibina pada Wira ini. Dapat teka?

Sebagaimana yang diketahui, warna yang dilayangkan pada tubuh Wira ini bukanlah warna standard keluaran dari kilang. Manakala rim asal juga telah digantikan serta banyak lagi aksesori lain turut diganti menjadikan Wira yang sudah melebihi usia sedekad ini tampil baru dan lebih kemas berbanding kereta seusianya. Menerusi kerja-kerja modifikasi prestasi dan juga eksteriornya, pasti ada yang menjangkakan Wira ini dibina dengan sistem audio talaan SPL. Jika itu jawapan yang bermain difikirkan, maka jawapan anda adalah salah.

Wira yang dibina dengan sistem audio talaan SQ ringkas ini datang dari negeri Sarawak dan seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kereta-kereta audio dari Sabah dan Sarawak sentiasa tampil dengan keunikan tersendiri. Sama juga keadaannya dengan Wira ini yang juga mempunyai keistimewaan dari segi pembinaan sistem audionya. Dipasang dan ditala oleh Option Audio Car Accessories yang merupakan salah satu installer yang cukup dikenali di sekitar Miri ini.

Dimulakan dengan pemain utama Kenwood KDC-U448, Option Car telah lari dari kelaziman yang seringkali dilakukan oleh installer lain yang lebih cenderung memilih pemain dari Pioneer. Apakah mutu pemain ini mampu menandingi pemain Pioneer? Ia terpulang kepada teknik talaan installer sendiri. Pasti anda sendiri pernah mendengar sistem audio yang hebat tetapi pemain utamanya langsung tidak diketahui jenamanya. Inikan pula Kenwood, yang kualitinya tidak kurang hebat malah dengan kemampuan membaca pelbagai data, ia pilihan tepat dari Option Car untuk disertakan bersama dalam pembinaan sistem audio ini.

Bagi menyokong data yang telah dibaca oleh pemain utama Kenwood ini, Option Car telah memasang seunit pre-amp 7 band dari JW Audio yang kemudiannya menghantar isyarat seterusnya ke seunit amplifier 4 channel Dominations dari siri Elite, ES-450. Amplifier ini telah diletakan dalam perumah khas yang dibina dengan cukup menarik. Perumah bertingkat yang menempatkan amplifier di bahagian atas dan di bawahnya pula untuk seunit woofer 12” Dominations 12ZB.

Manakala untuk sistem audio di bahagian dalam kereta pula, Option Car memberatkan bahagian depan dan telah memasang set speaker komponen yang terdiri dari dua unit mid bass dan tweeter. Seunit tweeter telah dipasangkan pada setiap tiang A di kedua-dua belah bahagian dan ini diikuti oleh seunit lagi mid bass 6.5” yang ditanam pada panel pintu yang telah diubahsuai di kedua-dua belah bahagian.

Mungkin pemasangan set speaker komponen ini kelihatan mudah, tetapi demi memastikan bunyi yang dihasilkan oleh frekuensi tinggi dan rendah dari tweeter dan mid bass ini seimbang, kedudukan setiap unit speaker ini adalah sangat penting. Di sini juga menguji tahap ketajaman daya pendengaran pemasang kerana bukan setiap orang dapat mendengar bunyi yang sama.

Gabungan frekuensi di bahagian dalam kereta tadi diharmonikan pula oleh kemantapan dan kebulatan bunyi bass yang datang dari seunit woofer 12” yang berada di tempat letak barang di bahagian belakang kereta. Menggunakan hanya seunit woofer, ia sudah cukup dan melengkapi sistem audio dengan talaan SQ yang dipasangkan oleh Option Car. Seiring dengan binaan luarannya, Wira dengan biru laut ini sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada Dory dari filem animasi Finding Dory.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 80

Previous Post

MINI Cooper S Countryman Edisi Terhad

Next Post

SPL Made in Manjung

Next Post

SPL Made in Manjung

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved