Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sorento Sophisticated SPL

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kereta jenis SUV sudah sering menghiasi majalah Kar HiFi dalam ruangan ruangan Show Off ini. Walaupun pemilihan sebuah SUV yang dijadikan modifikasi penuh, sama ada dari sudut prestasi mahupun sistem audio, ianya dilihat sebagai kurang relevan ekoran ruang yang cukup luas dan tujuan asal ia dibina adalah untuk memikul barang dan sekarang lebih kepada kenderaan keluarga.

Jika diteliti kronologi pembinaan Sorento sejak awal ia dibina pada tahun 2002, ia merupakan sebuah kenderaan berasaskan trak tradisional SUV. Sesuai digunakan untuk pemanduan yang bukan di atas jalanraya dan sangat lasak, diikuti sistem pemanduan 4 roda dengan gear rendah. Bagi mempertingkatkan prestasinya, beberapa pengubahsuaian dilakukan sehinggalah pada tahun 2009, Sorento generasi kedua diperkenalkan sebagai model tahun 2010.

Generasi kedua ini tidak lagi dibina berasaskan rangka trak sebaliknya Sorento 2010 ini merupakan pembinaan ‘unibody’. Jadi, tidak hairanlah apabila lebih banyak pengguna memilih Sorento khususnya digunakan oleh mereka yang berkeluarga. Ya, ia masih boleh diterima pakai tetapi apabila kereta dengan ruang yang luas ini dimodifikasi dengan sistem audio lengkap, membuatkan satu soalan sahaja yang bermain dalam minda. Tak sayang kereta?

Menemui pemilik dan kereta yang telah tersedia untuk dilestarikan gambarnya, sungguh jelas Sorento ini dibina bukan sekadar untuk suka-suka sebaliknya, modifikasi dijalankan ke atas SUV ini adalah satu kerja yang serius. Bagi membuktikan kata-kata ini benar, ruangan binaan di bahagian belakang sahaja sudah mencukupi. Dilengkapi sistem audio dari jenama Stellar, sistem audio Sorento ini tampil kemas dan teratur, seumpama sebuah sistem audio yang ditala untuk SQ. Hakikatnya, ia dipasangkan dengan talaan sistem audio SPL yang sangat terperinci dan sofistikated!

Sebagaimana dinyatakan di awal tadi, tidak banyak perubahan dilakukan di bahagian kokpit kerana sistem audionya telah dipilih untuk menghuni ruangan belakang. Jika ada yang berubah pun, pemain utama yang menggantikan stok OEM dari kilang. Bagi memberikan kecemerlangan membaca data segala format media yang dimainkan, pemiliknya menerusi pemasang yang dipilih untuk membina dan menala sistem audio Sorento ini iaitu RS Tuned Car and Accessories telah memilih Kenwood KDC-U456.

Lari dari kebiasaan dan pemikiran ‘stereotype’ yang mengagungkan jenama Pioneer. Pemain utama dari KDC-U456 ini dibantu pula oleh pre-amp dari Stellar 7 band SD-7PX yang kemudiannya diteruskan dengan sokongan crossover Stellar yang sekaligus memberikan kelicinan isyarat sebelum ianya dihantar kepada beberapa lagi bahagian untuk sistem audio SPL ini.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan penggunaan berganda dari pre-amp dan kemudiannya crossover kerana lazimnya, ramai yang mengatakan hasilknya tetap sama. Apa yang boleh saya katakan di sini, semuanya berkaitan dengan kepuasan. Sekiranya pemilik berpuashati dan wang bukanlah satu masalah besar, ia tidak seharusnya menjadi medan perbahasan. Betul bukan?

Baiklah, kembali semula kepada sistem audio pada Sorento ini. Isyarat yang diproses di crossover tadi, kemudiannya diagihkan kepada dua laluan utama. Laluan pertama dianggotai 2 unit woofer dan laluan kedua pula terdiri dari mid bass dan tweeter. Pada laluan pertama, seunit amplifier monoblock Stellar digunakan. Siri amplifier dari Stellar ini merupakan salah satu siri yang terbaik dan ini dapat disahihkan pada penggunaannya dalam sistem audio Sorento ini. Menguasakan 2 unit woofer 15” dari Stellar yang diletakkan dalam perumah kostum made, dengan dua jalur udara khas untuk mengoptimakan bunyi bass yang dihasilkan.

Seterusnya, laluan kedua yang dikuasakan seunit amplifier 4 channel Stellar dari siri sama dan memacu 4 unit mid bass Stellar SD-6PA yang diletakkan dalam perumah seperti kubah, diikuti 2 unit horn tweeter Stellar SD-45HTT. Ruangan belakang ini dikorbankan semata-mata untuk membina sebuah sistem audio yang cukup gah tetapi sangat mudah serta ringkas. Binaan kubah yang didalamnya diisi pula dengan dua unit amplifier tadi, menjadikan Sorento ini sangat unik. Unik dari kereta-kereta sistem audio SPL sebelumnya!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 49

Previous Post

Lenovo dari Komputer Ke Audio Kereta!

Next Post

Catat 4,156 Unit Jualan, Mitsubishi Muncul Jenama Ketiga Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Next Post

Catat 4,156 Unit Jualan, Mitsubishi Muncul Jenama Ketiga Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved