Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sistem SQ 3-Way Dalam Sebuah Kereta Hatchback!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Lazimnya, kereta hatchback seperti Satria sering kali digabungkan dengan binaan sistem audio talaan SPL. Jarang sekali kereta sporty sebegini dipasangkan dengan sistem audio talaan SQ. Bukan tiada, tetapi jarang ditemui di medan autoshow mahupun pertandingan. Namun, kali ini majalah Kar HiFi berpeluang merakamkan sebuah kereta Satria dengan talaan SQ 3-way!

Tanpa diberitahu, pasti anda juga tidak dapat menjangka bahawa Satria ini memikul sebuah sistem audio SQ yang sangat cemerlang. Tolak ke tepi penampilannya yang agak hambar kerana seperti biasa, kemaskini sudut eksterior ataupun interior bukan sesuatu yang dipentingkan. Kalau ada pun, mungkin ia akan menjadi perkara paling akhir difikirkan pemilik sistem audio SQ yang muncul sebagai Naib Juara dan Juara untuk kategori Rookie 3-Way dan 3-Way AB (Asia Brand) dalam salah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh MACE.

Menerima sentuhan Cool Tint Specialist & Car Audio Accessories yang beroperasi di Taman Puchong Perdana, installer ini bukanlah baru di persada dunia audio tempatan, malah menjadi rujukan khususnya untuk para pencinta dunia audio di sekitar Lembah Klang. Peka dan prihatin dengan kehendak para pelanggannya, installer ini membina sistem audio pada Satria ini dengan pemantuan pemiliknya. Wah, bukankah hebat begitu?

Bermula dengan pemain utama yang dipilih dari jenama Alpine, pemain Dvd ini berkemampuan membaca pelbagai format media digandingkan dengan pemproses multimedia yang juga keluaran Alpine; RUX-C701. Pemilihan dan penggunaan pemproses ini memperkemaskan lagi dan melicinkan isyarat audio yang dipancarkan menerusi pemain utama tadi. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, ia seumpama saringan berganda bagi menghasilkan isyarat yang jauh lebih bersih dan berkualiti.

Dari sini, isyarat tadi dipecahkan kepada 3 laluan dan setiap laluan ini mempunyai peranan tersendiri. Laluan pertama didahului amplifier 4 channel Dominations Racing Series RS4300, tugasnya adalah untuk memacu sejumlah 4 unit speaker yang terdiri dari 2 unit tweeter Dominations D28 dan 2 unit mid range Dominations RS1. Kedua-dua tiang A pillar dipasangkan dengan gandingan seunit tweeter dan seunit mid range. Ini bagi mencetuskan staging tepat yang mana kemudiannya diadunkan pula bersama bunyi yang dihasilkan oleh mid bass.

Seunit mid 6” Dominations dari siri Sadewa mewakili laluan kedua yang dikuasakan oleh seunit amplifier 4 channel Dominations Racing Series RS4300. Dipasangkan di kedua-dua belah panel pintu sekaligus menghasilkan paduan bunyi yang tepat dengan sistem binaan audio talaan SQ 3 hala.

Melengkapi sistem ini adalah laluan ketiga iaitu laluan terakhir dikuasakan oleh seunit amplifier monoblock Dominations Racing Series RS5000D. Monoblock ini pula memacu seunit woofer 12” Dominations ES-124 yang ditempatkan di ruang tempat letak barang di bahagian belakang kereta. Menariknya adalah cara woofer ini ditempatkan dalam sebuah kotak yang cukup ringkas. Mungkin, ada antara anda yang terpikat dengan keringkasan Satria dengan sistem SQ ini. Eh, nak tumpang?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 59

Previous Post

Kini Lebih Comel Dengan Harga Yang Berpatutan!

Next Post

Hebat Di Atas Jalan Raya Dan Berbakat Dalam Sukan

Next Post

Hebat Di Atas Jalan Raya Dan Berbakat Dalam Sukan

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved