Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad serta kemahuan untuk mendapatkan atau memiliki sesuatu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan salah seorang pecinta audio yang mengubah sistem audio Volkswagen Beetle klasik miliknya menjadi sebuah sistem yang dilengkapi ciri-ciri terkini. Semuanya kerana semangat dan kecintaan beliau terhadap sistem audio itu sendiri.

Berkongsi kisah di salah sebuah portal Classic Cut, beliau menceritakan pengalamannya berjaya mendapatkan sebuah sistem audio yang diidamkan pada kereta Volkswagen Beetle kesayangannya. Kalau dahulu, beliau hanya mampu ‘menumpang’ dengar kehebatan sistem audio dari kereta-kereta lain tetapi kini Beetle miliknya tidak kurang hebatnya.
Bermain muzik dari iPod, iPhone, kad memori SD dan radio? Ya, semuanya mampu dilakukannya. Nak mengubah judul lagu, menguatkan bunyi, mengubah input dengan alat kawalan jauh? Semua itu tiada masalah gara-gara keazamannya yang tekad dalam melakukan modifikasi ke atas Beetle yang sudah berusia miliknya.

Tahukah anda, sistem bunyi Volkswagen Beetle ini dilengkapi iPod yang sengaja disembunyikan dan berfungsi sebaiknya dengan 6V. Di bahagian belakang grill dash ditanamkan set speaker Retro Sound USA, manakala dalam bekas habuk rokok pula dijadikan sebagai dok untuk ‘memegang’ iPod dan iPhone. Di bahagian bawah tempat duduk belakang terdapat pengubah 6V kepada 12V, sebuah radio dan soket pembakar rokok untuk pengecas USB.
Apa yang istimewanya, stesen dok yang dijadikan sebagai pemegang tadi juga boleh mengecas iPod. Hebat, kan? Selain itu, sistem bunyi boleh dihidupkan atau dimatikan menggunakan bekas habuk rokok Volkswagen Beetle. Macam mana pulak tu?

Menurut pemilik Beetle ini, beliau telah memasang penyambung pintu dengan spring yang dimodifikasikan di belakang bekas habuk rokok tadi. Dalam bekas habuk rokok itu pula, diselitkan magnet kecil yang dipasangkan untuk memastikan bekas habuk rokok itu sentiasa tertutup. Penghubung pintu dalam bekas habuk rokok itu disambungkan pula kepada 6V Bosch yang boleh menghidupkan dan mematikan radio. Sistem audio dimatikan bila-bila kunci pencucuhan dialihkan.
Asalnya, pemilik Beetle menggunakan radio Blaupunk yang mempunyai memori tetap untuk menyimpan segala talaan walaupun selepas kehilangan tenaga. Beliau menyambungkan sistem audio ini yang mana akan berhenti sekiranya tiada penggunaan tenaga. Sekiranya radio tidak mempunyai tenaga dan mendapatkan tenaga semula, ia perlu dihidupkan semula menggunakan butang pada radio, kan?

Namun begitu, alat kawalan jauh Blaupunkt tidak mempunyai butang untuk menghidupkan atau memastikan sistem audio. Beliau terpaksa menarik tempat duduk belakang dan menghidupkan semula radio. Sudah tentu ia bukan satu pilihan yang bijak dan di situ, beliau memutuskan untuk memastikan radio sentiasa dibekalkan dengan kuasa.
Beliau memilih 6V to 12V converter kepada radio Blaupunkt 12V yang diperbuat dari Jerman serta mempunyai penggunaan kuasa yang rendah. Radio Blaupunkt ini pula tidak memerlukan tenaga banyak untuk standby. Beetle miliknya dipasangkan dengan sistem bunyi untuk 4 bulan dan bateri masih dalam keadaan baik.

Kata beliau lagi, 6V to 12V converter yang sama ini pernah digunakan tanpa masalah dan disambungkan kepada amplifier. Converter ini tidak boleh dibandingkan dengan converter vintaj Blaupunkt kerana mempunyai kuasa yang lebih dari mencukupi.
Radio asal hanya boleh dimainkan apabila enjin dimatikan kerana masalah bunyi bising yang datang dari motor. Beliau menukar antena murah itu dengan antena Blaupunkt yang mahal serta memasang penapis bunyi bising. Beliau lebih cenderung untuk mengekalkan motor yang asal. Bila semuanya tidak berhasil, beliau lebih sanggup mendengar MP3 ketika memandu.

Berikut, senarai sistem audio yang lengkap pada Volkswagen Beetle tahun 1965 miliknya.
– speaker Retro Sound USA
– pemain utama Blaupunkt Melbourne 120
– Statron 2238.0 6V to 12V converter
– Blaupunkt RC 823
– Blaupunkt RC08, RC09, RC10, RC10H
– Antenna windscreen dan antenna DIN kepada adapter ISO adapter
– Stesen dok untuk iPhone
– 12V soket penyala api rokok untuk pengecas USB
– Penyala api rokok kepada adapter pengecas USB
– 6V Bosch relay
Sumber : Classic Cult




























