Para pelanggan boleh mengecas kenderaan elektrik (EV) dengan pantas di sepanjang jalan Lebuh Raya Utara Selatan di Malaysia untuk pemanduan yang lebih lancar dari Singapura melalui Malaysia ke Thailand akhir tahun ini.
Secara tidak langsung, ia bakal menjadi HPC (High-performance charging) jaringan infrastruktur EV yang pertama di Asia Tenggara dan infrastruktur EV merentasi negara pertama untuk Shell. Insfrastruktur ini juga membantu pelanggan EV untuk mengurangkan masa pengecasan, menempah dan membayar menggunakan platform integrasi.
Shell dan Porsche Asia Pacific telah mengumumkan permulaan operasi stesen HPC ini di Tangkak, Johor. Stesen HPC ini menandakan permulaan pembinaan 12 tempat pengecas di 6 stesen Shell yang strategik sekitar Lebuh Raya Utara Selatan.
Para pelanggan EV boleh menggunakan HPC Network menerusi servis pay-per-use atau pelan ahli secara eksklusif dengan membuat tempahan secara atas talian. Mereka juga boleh berehat di Shell Select sementara menunggu kenderaan dicas.
Selain itu, menerusi kerjasama ini, sebanyak 6 stesen Shell di Malaysia akan dilengkapi dengan pengecas 180 kilowatt (kW DC), yang menawarkan kapasiti pengecasan terpantas di Malaysia dan bakal diikuti di Bangkok, Thailand. Pengecas HP baharu 180kW Shell ini mampu mengecas EV pada kadar yang paling pantas sekaligus menyingkatkan waktu pengecasan. Sebagai contoh, Porsche Taycan boleh dicas dari kosong sehingga 80% kapasiti bateri dalam masa 30 minit, memberikan perjalanan yang lebih sehingga 390km (WLTP2).
Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.shell.com.my/motorists/shell-recharge/shell-recharge-hpc.html.