Dewan Milenium Kepala Batas di Pulau Pinang sering menjadi tumpuan para pencinta dunia permotoran apabila ia dipilih sebagai lokasi penganjuran aktiviti berkaitan kereta audio seperti Car Audio Competition yang diadakan sempena Festival Stylelista Techno. Acara yang menggabungkan para pencinta motor dan audio kereta ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Dianjurkan GM Event Management dengan kerjasama pihak penganjur Festival Stylelista Techno, acara ini turut menerima tajaan dari pelbagai penaja seperti Mindscape, Koyoko, Tom’s Stickers, Labu Motorsports, Hafarina Golbal Marketing, Nazson Auto Acc, Kedai Motor Mutiara 218, Apit Sticker dan ONE30sticker.com.
Acara telah dimulakan seawal 10 pagi sehingga 6 petang dan pendaftaran telah dibuka pada pukul 9 pagi sehingga 2 petang. Pelbagai kategori telah dibuka untuk penyertaan serta menawarkan hadiah-hadiah istimewa. Selain berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing, acara ini juga merapatkan lagi ukhwah di antara para pecinta dunia permotoran khususnya di bahagian utara.