Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Selamat Datang Madoka Chujo, Wanita Pertama Pengarah Urusan Dan CEO Honda Malaysia

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-09
in BULETIN, UTAMA
0

Honda Malaysia mengalu-alukan kehadiran Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif wanita pertamanya, Madoka Chujo menggantikan CEO terdahulu, Toichi Ishiyama. Madoka Chujo memulakan perkhidmatan secara rasmi pada 1 April lalu.

Sebelum ini, wanita itu memegang jawatan sebagai Naib Presiden Unit Jualan dan Pemasaran Honda Kanada semenjak 2019. Kerjaya Madoka Chujo di Honda bermula 23 tahun lalu pada tahun 1997, dan semenjak itu beliau banyak memegang jawatan penting di Jepun, China, Sepanyol dan Kanada.

Beliau berkata, Malaysia merupakan pasaran yang cukup penting di rantau Asia dan Oceania.

“Bahkan, Honda Malaysia turut meraih beberapa pencapaian yang signifikan sehingga menjadi pendahulu jenama automotif di Malaysia.

“Saya amat teruja untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia. Dalam masa sama, bersemangat untuk meneroka negara ini yang unik dan menjadi lokasi pertemuan pelbagai jenis masyarakat serta budaya.

“Malaysia juga mempunyai potensi yang besar dan suasana persekitaran kerja yang pantas,” katanya

Dalam pada itu, Toichi Ishiyama menyertai Honda Malaysia pada November 2017 dan menggalas tugas pertama dalam mengendalikan pelancaran kereta produksi pacuan roda depan terpantas di dunia, Civic Type R.

Sepanjang tiga tahun menerajui Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berjaya memimpin Honda Malaysia mencapai jualan sebanyak 900,000 unit pada 2019 selain mengekalkan posisi sebagai jenama bukan nasional nombor satu untuk enam tahun berturut-turut. Terbaharu, Honda Malaysia menyambut pencapaian jualan menghampiri 1 juta unit pada Mac 2021.

Toichi Ishiyama akan berangkat ke Jepun untuk menggalas tugas baharu di dalam Perniagaan Automobil, Divisyen Strategi Perniagaan Honda Motor Co. Ltd.

Sumber : Mekanika

Previous Post

i-Care Plus Dan Loyalty Card, Hadiah Penghargaan Untuk Pelanggan Setia Hyundai

Next Post

Toyota Harrier 2021 Di Malaysia

Next Post

Toyota Harrier 2021 Di Malaysia

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved